Wow, gaya hidup instafamous Cik Epal memang betul-betul mewah! Tak semua orang dikurniakan rezeki melimpah ruah seperti pempengaruh media sosial dan usahawan bergelar jutawan yang lebih dikenali sebagai Cik Epal ini.
Sinonim dengan gaya hidup mewah dan memberi inspirasi kepada khalayak, percutian Cik Epal sekeluarga baru-baru ini sekali lagi mencuri tumpuan.
Dalam perkongsian video di media sosial miliknya, pengasas produk Makaji ini memuat naik video yang memaparkan suasana mewah ruang eksklusif dan cukup privasi kelas pertama dalam penerbangan Emirates!
Bukan semua orang mampu menempah tempat duduk first class seumpama itu. Apatah lagi dengan menaiki penerbangan bertaraf dunia seperti Emirates.
Difahamkan ruang kelas pertama dalam penerbangan Emirates boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk seorang penumpang.
Bayangkan Cik Epal, suami dan anak-anak pun dah empat orang. Harga tiket kapal terbang saja dah boleh beli sebuah kereta!
Perkongsian berkenaan sehingga kini meraih lebih 600 ribu tontonan.
Kongsi usahawan ini, “Alhamdulillah. Ada rezeki naik Emirates First Class belanja satu family anak-beranak kali ni. Harap bila bermusafir ni dapat eratkan lagi hubungan kekeluargaan kita semua.”
Cik Epal ketika ini menikmati percutian di Munich, Jerman. Sebelum ini, blogger berkenaan menarik perhatian warga maya apabila menghadiahkan seutas jam tangan mewah untuk suami tercinta yang dianggarkan mencecah hampir RM100 ribu.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/hadiahkan-jam-tangan-hampir-rm100-ribu-usahawan-cik-epal-tak-kisah-berhabis-untuk-suami/
Wanita berusia 32 tahun ini juga pernah viral mengenai beg tangan berjenama mewah yang dibeli berharga puluhan ribu ringgit, stroller bayi yang bernilai ribuan ringgit sehinggalah pembelian kereta Mustang secara tunai.
Suami Cik Epal yang dikenali sebagai Jofliam turut menjadi bualan selepas jualan pizza wagyu homemade miliknya tular. Pizza wagyu Jofliam dijual RM150 sekotak.
Walau dilabel harga kayangan tapi rata-rata komen daripada pembeli mengakui ia berbaloi kerana sedap, lembut dan daging wagyunya ialah daging gred tinggi dari Australia.
Kejayaan instafamous Cik Epal dalam mengemudi perniagaan dan gaya hidup mewahnya di samping keluarga tersayang sering menjadi cetusan inspirasi generasi hari ini.
This website uses cookies.