Gaya Hidup

KAY’S STEAK & LOBSTER Syurga Idaman Buat Pencinta Daging Stik & Udang Galah

Andai anda penggemar hidangan stik dan udang kara segar, restoran Kay’s Steak & Lobster sudah pasti menjadi lokasi pilihan yang memenuhi selera. Tidak cukup dengan variasi menu serba lazat dan disaji serba   mewah, tiga premis restoran berkonsepkan semi fine-dining ini sememangnya memberikan pengalaman istimewa.

Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, dua lagi  i dua cawangan dibuka di Liberty Arc, Ampang pada 2021 dan setahun kemudian premis di IOI Conezion, Putrajaya diperkenalkan.

Pengarah Urusannya, Aizuddin Khalid berkata pihaknya tidak pernah berkompromi dalam pemilihan bahan utama hingga kepada pengajian hidangan sebagai faktor untuk menarik pengunjung datang kembali menjamu selera di Kay’s Steak & Lobster.

Aizuddin Khalid, Pengarah Urusan

Katanya, citarasa Malaysia tetap diketengahkam dalam senarai menu restoran mereka mengikut selera tempatan, tanpa melupakan keenakan sajian asal terbabit. “Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia.

“Menu popular antaranya adalah tomahawk dan daging wagyu juga memandangkan setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan begitu ‘juicy’.

“Memang pujian dari segi rasa serta keindahan seni hiasan setiap  hidangan hasil air tangan chef berpengalaman membuatkan kami yakin kepuasan pelanggan berada pada tahap maksima,” katanya.

Bukan itu saja, dekorasi premis yang ‘cosy’ menjadikan setiap suapan dan gigitan lebih nikmat sekaligus mengujakan untuk berkongsi pengalaman indah di Kay’s Steak & Lobster di laman sosial. Pada masa sama, Aizuddin berkongsi berita baik mengenai keputusan mengekalkan sajian Beef Wellington dalam menu kekal untuk dinikmati pengunjung.

“Kami memperkenalkan Beef Wellington ini sekitar Disember tahun lalu untuk mencuba sambutan selain sepatutnya ditawarkan pada tempoh tertentu. Nampaknya, menu ini semakin menjadi pilihan popular pengunjung yang memuji kelazatannya sekaligus meminta kami mengekalkan hidangan ini dalam menu harian.

“Kini orang ramai boleh menikmati sajian terbabit apatah lagi kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium bagi setiap menu,” katanya.

Sementara itu, sempena Ramadan Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi yang sebelum ini hanya disediakan pada bulan puasa. “Memang hari biasa tiada nasi. Namun setiap kali Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik serba enak,” katanya.

Untuk melihat menu atau harga hidangan,  informasi mengenai Kay’s Steak & Lobster boleh dilayari di layari https://www.kaysteaklobster.com/ atau Instagram https://www.instagram.com/kaysteaklobster.

 

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus