
Malam jumaat lepas, berlangsungnya majlis resepsi pelawak dan juruhebah radio Shuib bersama pilihan hati Watiey Hanafiah yang berlangsung dengan cukup ‘happening’ sekali.
Selain kemeriahan majlis persandingan kedua-dua mempelai, ia turut digamatkan dengan kehadiran ramai para rakan selebriti yang dijemput khas berkongsi kegembiraan hari bahagia pasangan pengantin.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadian bintang ternama seperti Fasha Sandha dan juga Nora Danish di mana rata-rata warga maya kagum dengan jalinan kemesraan kedua-dua bintang hebat tanahair itu yang dilihat cukup mesra sekali.

Berkongsi video kemesraan oleh Fasha di akaun Instagramnya, netizan mengagumi sikap dua selebriti itu apatah lagi mengetahui sejarah perhubungan kedua-dua mereka yang mengahwini lelaki yang sama iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tambah mengujakan, Jejai juga sempat meninggalkan komen tanda sokongan kepada kedua-dua wanita tersebut yang juga bekas isterinya.
Selain itu, kejelitaan Fasha dan Nora juga turut diperkatakan apabila ramai warga maya mengagumi bagaimana kedua-dua figura ini kekal anggun seakan anak dara.
Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016 dan memiliki 2 orang cahaya mata, manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008 dan memiliki seorang anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Melancong Ke Korea SECARA PERCUMA & DITANGGUNG SEPENUHNYA? Cepat Ikut Cara-Cara Senang Ni!

Sebut sahaja perkataan melancong pasti buat sesiapa pun teruja. Melancong ke negara orang memberi peluang untuk kita mempelajari budaya dan warisan masyarakat setempat.
Korea Selatan khasnya sering tersenarai dalam bucket list mereka yang suka melancong. Kini ada peluang melancong ke Korea secara PERCUMA, ada tak yang mahu mencuba?


Rangkaian penjagaan rambut Sunsilk telah membuka ruang kepada wanita-wanita muda dan berhijab untuk memenangi percutian ke Korea dengan segala perbelanjaan ditanggung. Lebih istimewa lagi apabila pemenang layak membawa seorang rakan bersama. Bagaimanakah cara untuk menyertainya?
Nah, untuk merebut peluang keemasan ini, anda hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
- Ambil swafoto ataupun gambar bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang terletak berhadapan kedai Emas Zeni di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam.
- Muat naik foto di dalam bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
- Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam anda bagi tahun 2018, bersama dengan hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember 2017.
Rentetan daripada pertandingan ini Sunsilk telah membuat sebuah replika botol syampu terbesar di perkarangan tempat letak kereta pasar raya Giant Seksyen 13, Shah Alam.

Replika botol dengan ketinggian 12.25 meter dan kelebaran 9.66 meter ini secara rasmi diiktiraf sebagai Replika Botol Syampu Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records.
Replika Botol Syampu Terbesar ini turut dipenuhi dengan hadiah untuk dibawa pulang oleh para pelanggan. Dari 23 – 26 November 2017, pelanggan yang membeli sebotol 1 Sunsilk Hijab Recharge 320ml di pameran bergerak yang terletak di pintu masuk Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam, boleh menebus hadiah daripada Sunsilk.

Seorang petugas Sunsilk kemudian akan mengambil hadiah dari replika botol gergasi yang penuh dengan pelbagai produk Sunsilk, khususnya syampu dan perapi Sunsilk Hijab Recharge serta produk untuk kegunaan semasa melancong (sah sementara stok masih ada).
Menurut Pengarah Pemasaran bagi Penjagaan Peribadi dan Rumah, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Vincent Chong, mereka berbangga dengan pencapaian Sunsilk sebagai jenama syampu dan perapi Nombor 1 di Semenanjung Malaysia.

Tanggungjawab bukan sekadar menawarkan produk penjagaan rambut yang inovatif untuk pelanggan, malahan ianya telah menjadi misi jenama dalam memberi inspirasi kepada wanita muda yang berhijab supaya bercita-cita besar dan berusaha untuk mencapainya. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Lahir-Lahir Je, Dia Terus Hisap Jari!’ SARI YANTI Dedah Kelahiran Dariya Inara

“Bila lahir, dia keluar je doktor letak dia atas dada saya.. dia terus hisap jari. So cute! I still remember, ” kongsi Sari Yanti tatkala ditanya momen paling tidak dapat dilupakannya sejak melahirkan Dariya Inara. Meskipun tidak menyaksikan situasi comel itu namun dari gaya penyampaian dan reaksi Sari Yanti, sesiapa pun pasti dapat membayangkan aksi comel anak perempuan aktres cantik dan Jep Sepahtu ini saat dia dilahirkan pada 26 April tahun lepas.
Sambil mengakui kehamilan yang dilaluinya berbeza daripada dua kehamilan sebelumnya, anak kelahiran Negeri Sembilan ini nyata seorang wanita yang tabah. “Basically, ketiga-tiga kehamilan berbeza sebab setiap baby lain. Macam pertama kali pregnant dulu, banyak kali muntah-muntah yang sangat teruk. Yang kedua tak, siap boleh pergi shooting ke Spain.. ke mana-mana jugalah. Yang nombor tiga ni lagilah lain sebab baby girl. Asyik pening kepala, most of the time asyik terbaring je tak boleh buat kerja banyak.


Bohong kalau saya katakan tidak teruja dengan kehadiran Dariya walaupun ini merupakan pengalaman ketiga saya melalui proses kelahiran. Namun, Jep adalah orang yang paling teruja dengan kehadiran Dariya kerana ia adalah pengalaman pertamanya,” terang Sari Yanti yang sah bergelar isteri kepada pelawak terkenal itu pada 25 Februari 2017.
Baca artikel berkaitan “Walaupun Baharu Tiga BUlan Memang Dah Nampak Dariya Anak Abah” Sari Yanti
Setiap insan diuji dengan bermacam-macam dugaan dan Sari Yanti turut tidak terlepas ditimpa ujian hidup. Lebih memeritkan, dugaan itu terpaksa dilalui ketika dia baru mendirikan rumah tangga bersama Jep. Tanpa berselindung mendedahkan keadaan sebenar dirinya, ibu kepada tiga anak ini melontar bicara. “Ketika baru kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab mengandung luar rahim atau ectopic. Waktu ini kira macam Sari bunting pelamin.
Kandungan tu kecil lagi tapi membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan ia pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.”
Baca artikel berkaitan Walaupun Tanpa 1 Tiub Fallopian, Sari Yanti Terkejut MAMPU HAMIL Lagi! Dah Rezeki Namanya, Kan?

Ditemui ketika sesi fotografi di kediamannya, penulis sempat bertanyakan tentang gaya dan fesyen kegemaran suri hati Jep ini. Ternyata, Sari Yanti seorang yang cukup ringkas.. baik dari segi fesyen mahupun peribadi diri. “Saya sebenarnya jarang mengenakan lipstick berwarna merah menyala sebab kurang gemar. Kalau keluar rumah pun, saya selesa tak pakai mekap yang tebal-tebal. Bab pakai tudung, memadai dengan hanya selempang kiri kanan atau lilit saja.”
“Apa lagi yang Sari inginkan dalam hidup?” celah penulis. “Saya takda benda yang inginkan, I’m not brand conscious.. I demand nothing more. I always be grateful for what I have. Alhamdulillah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyakkan Solat Hajat & Doa, MAS ANIZAN Larang Anak Keluar Sebab Bimbang Covid-19

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia lain, aktres cantik Mas Anizan Mohd Shahid turut melahirkan kebimbangan mengenai pandemik Covid-19 yang melanda negara kita hari ini.
Lebih-lebih lagi apabila jumlah kes jangkitan positif Covid-19 menunjukkan peningkatan saban hari termasuk pertambahan jumlah kematian.
Ketika dihubungi Nona, Mas Anizan memberitahu dia mengakui takut untuk keluar rumah dan lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak. “Memang tak ke mana-mana, duduk rumah je. Nasib baik shooting pun dah postpone. Kebetulan, mak pun ada di rumah saya sekarang. Anak-anak pula memang saya pantau dan tak bagi mereka keluar rumah. Iyalah, dalam keadaan sekarang ni macam-macam boleh jadi.

Dari awal lagi memang saya dah mula berjaga-jaga. Saya sentiasa pastikan semua ahli keluarga ambil extra care tentang kebersihan dan kesihatan. Mereka kena kerap cuci tangan dan setiap seorang dalam rumah ni saya akan pastikan juga mereka ada sanitizer dan mask. Rasanya semua emak-emak di luar sana pun buat benda yang sama,” tegasnya sambil memberitahu tidak mengalami situasi panic buying memandangkan sudah membeli segala barang keperluan beberapa hari lebih awal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Ditanya bagaimana dia menjalani tempoh ‘kuarantin’ di rumah sepanjang PKP ini… ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana waktu inilah dia betul-betul dapat meluangkan masa bersama anak-anak. “Sebenarnya, masa inilah saya dapat spend time lebih dengan anak-anak sebab selalunya dua anak saya iaitu Mas Aliza dan Daniel balik lewat. Dan kadang-kadang bila mereka balik saya pula dah tidur.



Since sekarang ni kena kuarantin, dapatlah spend time together. Macam biasa, kami anak-beranak dengan mak saya sekali banyak habiskan masa di dapur. Try and error resipi-resipi baru. Selain tu, saya dan anak perempuan juga cuma pergi gym di rumah je untuk exercise. Tapi itulah, bila duduk di rumah ni asyik nak makan je,” seloroh Mas Anizan lagi.
Beruntungnya Mas Anizan kerana anak lelakinya merupakan seorang chef. “Try and error je resipi baru sebab anak saya Daniel, dia chef. Jadi dialah ketuanya. Macam-macam resipi dah dicuba. Antaranya mushroom quiche dan beef wellington. Tapi ni semua tambah ikut tekak sendiri. Saya dan mak sebenarnya lebih suka masak kampung. Kalau bab pastri, dessert atau western tu memang anak lelaki dan anak perempuan yang rajin buat.”

Dalam pada itu, Mas Anizan turut menitipkan pesan kepada masyarakat agar dapat sama-sama berganding bahu memerangi wabak Covid-19 di negara kita. “Kita sebagai masyarakat kena ada sikap bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri. Jangan ambil mudah dengan isu yang melanda dunia sekarang ni.
Wabak ni sangat bahaya. Ikut apa yang telah disarankan oleh kerajaan untuk kebaikan kita bersama. Pada masa yang sama ambil iktibar dengan apa yang terjadi dengan kita sekarang ni. Perbanyakkanlah solat hajat dan doa semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari penyakit berbahaya ini, insyaAllah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


