Belum reda cerita pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, berita tentang penularan varian Lambda di Jepun pula menambah kerisauan. Lebih-lebih lagi mengenangkan kontinjen negara yang bakal pulang selepas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di media sosial tentang varian Lambda menguatkan lagi persepsi tentang bahaya mutasi COVID-19 ini.
Menurut The Japan Times, varian Lambda yang dikesan pertama kali di Peru kini ditemui di Jepun pada Jumaat.
Ia dikesan pada seorang wanita berusia 30-an di Lapangan Terbang Haneda sekembalinya dari Peru. Lebih mengejutkan, ketika pemeriksaan kuarantin di lapangan terbang, tiada simptom dikesan pada wanita tersebut.
SANGAT BERJANGKIT
Dalam kertas saintifik terbaharu yang diterbitkan pada 28 Julai, para penyelidik di Universiti Tokyo telah memberi amaran bahawa varian Lambda COVID-19 mungkin lebih tahan terhadap vaksin dan sangat berjangkit berbanding varian sedia ada.
Dalam eksperimen makmal, kumpulan penyelidik tersebut mengenal pasti tiga mutasi pada protein spike varian Lambda yang dikenali sebagai RSYLTPGD246-253N, 260 L452Q dan F490S.
Dalam bahasa mudahnya, mutasi ini membuatkan ia lebih kebal terhadap peneutralan oleh antibodi yang disebabkan oleh vaksinasi COVID-19 yang dikenal pasti di Wuhan, China (Sumber: News Medical
)
Mereka juga mengenal pasti dua mutasi iaitu T76I dan L452Q yang menjadikan varian Lambda sangat mudah tersebar serta menjangkiti orang lain.
“Varian Lambda berpotensi menjadi ancaman kepada masyarakat manusia di seluruh dunia” Penyelidik Senior, Kei Sato
Ketika di puncak gelombang jangkitan varian Lambda di Peru, negara itu kehilangan lebih dari 1000 nyawa sehari per kapita.
Universiti Chile turut menerbitkan kertas kajian yang menunjukkan varian Lambda adalah sangat mudah berjangkit daripada Delta dan kira-kira 55% lebih berjangkit dari varian Alpha.
Ini bermaksud, varian Lambda adalah 50% berjangkit daripada strain Wuhan yang asal.
BERWASPADA DARI SEKARANG
Ramai penyelidik bersetuju bahawa walaupun semua Coronavirus bermutasi, tapi mereka juga tak menyangka mutasi ini sangat mempengaruhi penularan dan kemungkinan kebal terhadap vaksin.
Jika varian Delta saja sudah mampu menjejaskan sistem kesihatan dunia, bayangkan pula bagaimana jika varian Lambda tiba-tiba menular di negara ini dalam masa terdekat.
Pencegahan dan pengawalan harus dilakukan segera. Ini kerana sekiranya varian Lambda sudah memasuki Malaysia, dikhuatiri Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berdepan gelombang yang lebih besar dan sukar diuruskan daripada sekarang.
Rujukan: News Week, News Medical
This website uses cookies.