Kebanggaan Malaysia, Kajian Prof Madya Dr Nur Adlyka Bukti Saintis Negara Level Antarabangsa!

Tertarik melihat pencapaian Prof Madya Dr Nur Adlyka Ainul Annuar, 33 tahun yang menemui lohong hitam raksasa di galaksi. Kajian hebat itu buktikan saintis wanita negara bertaraf antarabangsa dan patut jadi kebanggaan Malaysia!

Bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wanita yang merupakan satu-satunya ahli astronomi wanita yang mengkaji lohong hitam ini menempa nama di peringkat antarabangsa.

Menurut Berita Harian, namanya mula meniti bibir apabila berjaya menemui Supermassive Black Holes

(lohong hitam supermasif atau raksasa) di galaksi NGC 1448 ketika membuat kajian berkaitannya semasa menuntut ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang astrofizik di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, United Kingdom.
Nur Adlyka Ainul (tengah) ketika menerima Geran Anugerah Merdeka 2021 bagi meneruskan lanjutan penyelidikannya di Universiti Durham, United Kingdom dan Institut Teknologi California, AS.

 

SINAR X

Kepakarannya dalam bidang astronomi sinar X, iaitu mengkaji objek alam semesta yang mengeluarkan sinar radiasi tinggi dan selalunya mengeluarkan sinar tinggi, iaitu lohong hitam.

“Tetapi matahari dan bintang juga mengeluarkan radiasi sinar X. Pada 2020, saya menemui lohong hitam lain, tetapi tidak sehebat lohong hitam supermasif yang berjaya ditemui pada 2017 mengeluarkan radiasi tenaga tinggi sinar X yang luar biasa.

Semua lohong hitam ditemui saya akan kaji mengenai cirinya, apa terjadi dalam lohong hitam, sifat, impak kepada galaksi diduduki.

Saya mengkaji dan memahami lohong hitam ditemui, ia boleh bantu kita faham mengenai lohong hitam kita sendiri sama ada boleh beri impak kepada galaksi kita.

Impaknya bukan berbahaya kepada kehidupan kerana atmosfera akan menyerap dan menapis sinar X dan tidak boleh sampai ke bumi, sebaliknya ramalan impak itu lebih kepada pembentukan bintang dalam galaksi makin tinggi atau tidak boleh mempengaruhi jumlah planet dan kehidupan lain.

 

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/ustaz-syamsul-debat-imbau-kenangan-jadi-penjawat-awam-pernah-dapat-claim-ceramah-rm300/

 

Ia agak kompleks apabila kita mengkaji alam semesta, tetapi percayalah ia sangat menarik,” katanya yang turut menerima Geran Anugerah Merdeka 2021 bagi meneruskan lanjutan penyelidikannya di Universiti Durham, United Kingdom selama dua bulan dan Institut Teknologi California, AS (sebulan).

Hasil kajian terbaharunya itu akan diterbitkan dalam sebuah jurnal saintifik antarabangsa.

Walaupun hasil penyelidikan itu tidak secara terus, tetapi banyak membantu dari segi pembangunan teknologi contohnya pembuatan kamera digital, kamera telefon bimbit, mesin imbas lain-lain.

Sumber: Berita Harian

Share
Published by
Norzalina