Di kebanyakan tempat, wanita yang memiliki kening bercantum atau unibrow sering ‘memisahkan’ kening mereka agar dilihat normal. Tapi berbeza bagi model dari Cyprus, Sophia Hadjipanteli, dia cukup berbangga dengan keunikan itu malah kening menjadi tarikan utama yang membuka laluan rezekinya.
Berusia 24 tahun, Sophia Hadjipanteli merupakan seorang penuntut jurusan Pemasaran di Universiti Maryland di Amerika Syarikat. Selain melanjutkan pengajian, gadis bijak ini berpindah ke sana bagi mengembangkan karier modelling
yang menjadi minat utama.“Saya lahir dalam keluarga yang mempunyai kening tebal dan berbangga dengan kecantikan warisan ini.” – Sophia Hadjipanteli
Gadis jelita yang berambut kuning keemasan itu juga turut menghitamkan bulu keningnya agar ia kelihatan lebih menonjol.
“Mungkin rupa paras saya tak menepati cita rasa semua. Mungkin ia berbeza tapi itu bukanlah masalahnya. Saya suka dengan wajah saya sekarang. Kening bercantum adalah diri saya dan saya mahu mengekalkannya.
Apabila kita suka menilai penampilan orang lain semata-mata ia berbeza dengan diri kita, itu bukanlah sesuatu yang sihat,” ujar Sophia yang aktif memperjuangkan keunikan dirinya sebagai satu identiti.
Jadi berbanggalah dengan kening semula jadi kita. Biarlah ia tebal atau jarang atau pendek sekali pun, tak perlu malu memilikinya!
Jom tengok lagi foto-foto Sophia yang cantik ni.
This website uses cookies.