Sejak dulu suka tengok Norish Karman ni, bukan saja cantik malah lakonannya juga mantap. Setiap watak yang dibawa pasti ‘hidup’ dan sampai ke jiwa.
Antara drama popular lakonan Norish ialah Spa Q, Asmaradana dan Perempuan Itu.
Selain aktif dalam bidang lakonan Norish juga bergelar usahawan, penyanyi dan motivator.
NATURAL BEAUTY
Norish atau nama lengkapnya Nor’Ashikin Karman antara pelakon senior yang memiliki kecantikan semula jadi.
Walaupun kini usianya sudah mencecah 49 tahun namun kecantikannya tetap tak memudar.
Memiliki senyuman yang manis, hidung mancung dan sepasang mata yang cantik menjadi daya penarik kepada pelakon kelahiran Singapura ini.
Kecantikan itu diwarisi daripada arwah ibunya, Sherifah Salmah Syed Ali Aal-Junied yang berketurunan Arab.
Penulis tertarik dengan satu posting Norish baru-baru ini di Instagramnya. Dari posting nya itu, dapat disimpulkan Norish seorang wanita yang sangat tabah dan tenang.
Senyuman sentiasa terukir di bibir biarpun tak terlihat struggle sebagai seorang ibu tunggal kepada empat cahaya mata yang kian membesar. Dialah ibu, dialah bapa.
Apa yang mengagumkan, Norish tetap menjaga penampilan dirinya dengan baik selain kekal sihat dan cantik pada usia lewat 40-an.
“Ada orang dah lama tak nampak NK… tak tengok NK tahap lama…. Jadi ada yang kata NK dah tua nenek-nenek katanyaaa.. hahhahaa..
“Nanti jumpa NK depan-depan yer” tulis Norish di ruangan kapsyen.
Hantaran itu mengundang pujian di kalangan para peminat dan pengikut yang terpegun dengan kecantikannya pada usia lewat 40-an.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.