Melihat kejayaan yang diraih Mila Jirin, tidak hairanlah wanita kecil molek ini mampu bergelar jutawan. Selesa menjalani hidup sederhana, kecintaan Mila terhadap dunia perniagaan jelas terserlah saat negara dilanda pandemik Covid-19.
Turut terkesan dengan situasi itu, Mila cekal menceburi pelbagai cabang bisnes demi kelangsungan perniagaan dan membantu para pekerjanya. Sepanjang pandemik berkenaan bermacam-macam bisnes yang dilakukan antaranya menjual kek, Nasi Arab dan pelitup muka dan. Memang tak putus asa orangnya.
Memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima, kelibat Mila sangat jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Malah sejak mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, Mila seakan memperlahankan perjalanan seninya.
Rupa-rupanya Mila bukan menyepi begitu saja. Ibu kepada Mohd Arif Zikri ini sebenarnya ligat merencana hala tuju hidup dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan lebih sedekad yang lalu. Menerusi posting pernah dikongsikan Mila, kejayaan yang diraih sekarang bermula dengan angan-angan.
“2008, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan pertama produk kecantikan LUVMILA. Waktu tu modal tak banyak dan kami tersadai akibat tak cukup rolling capital to run. Saya pun waktu tu masih hijau malar dalam berniaga dan masih main-main, nasib baik suami saya a.k.a MENTOR saya penyabar orangnya TRAIN saya dengan penuh dedikasi dan percuma.
Lepas tutup buku LUVMILA, banyaklah kata-kata nakal cakap ‘business dah tutup dah lingkup’ dan sewaktu dengannya tapi kami tetap nak berniaga dan terus POSITIVE. Disebabkan terlebih aura positive waktu tu, apa saja peluang untuk berniaga saya GRAB.
Ads
Dari mengelola acara kecil hinggalah berskala besar sampailah buat talent supply to corporate company semuanya kami terima. Keuntungan tidak diambil kira semata-mata tetapi PENGALAMAN dan dapat kami SURVIVE serta buat simpanan untuk kami BANGKIT dalam dunia perniagaan.
Tahun 2010, adalah turning point saya dan suami. Waktu tu saya pergi makan di restoran Embun Urai. Owner terdahulu beritahu nak jual restoran Embun Urai, saya dan suami terus berbincang dan kami ambil keputusan untuk beli restoran tersebut walaupun kami berdua TAK PANDAI MASAK masakan ala Thai!
Oh, sebenarnya ada 1 kejadian juga sewaktu nak beli restoran tu. Disebabkan dana tak berapa mencukupi, saya dan suami ke sebuah bank untuk apply business loan dan yang PALING saya ingat hingga hari ini.
Ads
Officer bank tu bukan nak cerita mengenai produk / bank facility tetapi CONDEMN saya dengan mengatakan ‘berniaga restoran ini boleh untung ke? Not a good business! ’Waktu tu saya tekad, saya akan buktikan kata-kata dia SALAH dan saya tak perlukan capital injection from that bank!
Saya dan suami minta tempoh lagi dengan owner restoran Embun Urai dan both of us cari pelbagai peluang perniagaan sampingan untuk simpan modal dan the FACT we did part of payment to the previous owner dan alhamdulillah tahun yang sama 2010 akhirnya restoran Embun Urai jadi milik kami.
Disebabkan Embun Urai, saya dan suami berada di dalam F&B Business dan ENHANCE into catering business dan tertubuhlah BIZMILLA CATERING.
Ads
Alhamdulillah kalau dulu angan-angan tapi sekarang kenyataan. Ia bukan MUDAH tetapi TIDAK MUSTAHIL! Moral of the story? Jangan pernah PUTUS ASA, sentiasa fikir POSITIVE dan perlu segera AMBIL TINDAKAN untuk mengubah dan berubah.”
Selain berkongsi tentang pengalaman sebagai usahawan, Mila berkata salah satu rahsia yang dilakukan agar terus kekal bertahan dalam perniagaan adalah disiplin yang tinggi selain banyakkan bersedekah.
Dalam pada itu, Mila turut berkongsi tip untuk menjadi usahawan berjaya.
TIME TABLE Part ni, kita kena tengok pola masa anak kita, jam berapa anak kita tidur, jam berapa aktif bermain. Dari situ kita boleh plan time table kerja kita. Time table saya bermula lepas Subuh, memang tu perfect time untuk saya sebab Arif lena diulit mimpi.
TO-DO LIST
Penting untuk buat to-do list supaya segala apa yang perlu kita siapkan, kita dapat siapkan. Macam saya, setiap malam before tidur, saya akan semak pending To-Do List dan setkan new to-do list di telefon bimbit saya
ALTERNATE MASA REHAT DENGAN PASANGAN
Bincang dengan pasangan untuk alternate off day masing-masing. Masa-masa macam ni kita kena ambil peluang untuk uruskan hal-hal yang penting atau yang memerlukan untuk kita keluar meeting dan sebagainya.
SET TEAM PENGGERAK
Nak berjaya tak boleh nak jadi ONE-MAN SHOW semua benda kita nak buat, memang akan collapse. Sebaiknya, boleh hire team based on project/outsource untuk diversify the task, lebih efficient.
REHAT SECUKUPNYA
Ibu-ibu yang sibuk uruskan anak dan perniagaan terkadang tak dapat rehat secukupnya. Bekerja mengikut kemampuan kita, jangan paksa diri sehingga kesihatan pulak terjejas. Kena selalu ingatkan diri, kena setkan alarm pada diri untuk berehat. Berehat bukan hanya tidur, tetapi bermain main dengan anak pun rehat juga, merehatkan minda dan hilangkan tekanan. Betul tak mommy?
“Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mommy yang sibuk berniaga sambil uruskan anak. Moga dengan perancangan masa yang betul dapat kita bahagikan masa sebaiknya agar kita tidak terlepas momen-momen penting melihat pembesaran anak kita sambil kita memperkembangkan perniagaan kita,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selama 30 tahun dalam industri muzik Indonesia dan antarabangsa, penyanyi Agnez Mo berjaya meraih 194 anugerah. Wow, banyak tu!
Anugerah yang diterima oleh Agnez Mo bermula daripadas anugerah muzik sehinggalah kepada filem dan sinetron.
Memetik perkongsian penyanyi berusia 36 tahun ini kepada kapanlagi.com, anugerah-anugerah tersebut bukan sekadar koleksi sebaliknya menjadi pencetus semangat serta motivasi buat dirinya untuk terus memberikan yang terbaik buat industri.
“Saya berterima kasih atas semua anugerah dan ianya menjadi motivasi.”
Bukan itu sahaja, menurut Agnez Mo semua anugerah itu merupakan pencapaian terbaik yang pernah diraihnya dengan usaha gigih.
Kerana itu, impiannya untuk ke peringkat antarabangsa kini menjadi kenyataan.
“Sehingga kini saya masih belajar, kerana mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan peminat,” katanya.
Anugerah terakhir yang diterima Agnez Mo diterima pada 2019 apabila memenangi Anugerah Muzik iHeartRadio 2019 dalam kategori Anugerah Bintang Sosial.
Kemudian pada 2020, Agnez Mo berada di tempat kedua sebagai calon Best Fan Army iaitu kategori artis dengan peminat terbaik dalam Anugerah Muzik iHeartRadio 2020.
3 SIKAP INSPIRASI AGNEZ MO
1. Pantang Menyerah Kalah
Dia percaya, semua impian boleh menjadi kenyataan selagi bersedia untuk mencuba dan berusaha untuk merealisasikannya.
Salah satu prinsip hidup Agnez yang sangat memotivasikan ialah “Dream, believe, and make it happen“. Agnez Mo bukan sahaja bercakap tentang impian, tetapi dia juga menjadikan impian itu satu realiti.
2. Tak Tunjuk Kemewahan
Sebagai public fugure yang dinobatkan sebagai salah seorang pemuzik terkaya di Asia oleh laman web celebritynetworth.com.
Dengan kekayaan 406 bilion pada 2017, Agnez tidak pernah menunjukkan barangan berjenama, barangn kemas, koleksi kereta atau percutian mewah di media sosial.
Sikap ini menunjukkan Agnez Mo seorang yang sangat down to earth.
3. Miliki Yayasan Bencana Alam Sendiri
Tidak ramai yang tahu, Agnez Mo sebenarnya mempunyai yayasan sosial yang terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa bencana alam.
Yayasan yang diasaskan oleh Agnez Mo ini dikenali sebagai Yayasan Anak Muda.
Kredit Foto: Instagram Agnes Mo
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tenang sungguh melihat kediamana ini. Elemen moden dan klasik digabungkan dalam sebuah kediaman peninggalan keluarga. Memang ada sentimental value!
Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.
Pemilik kediaman, Johann Nawawi.
Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang.
“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini.
“Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.”
Menurut Johann, asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun dia mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Johann turut membina courtyard bersebelahan ruang playroom yang lengkap dengan kolam ikan dan sangkar burung.
“Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”
TERAP ELEMEN KLASIK
Walaupun kini zaman moden, Johann tetap menyeimbangkannya dengan elemen klasik.
“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.
“Saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja.”
Selain sebagai hobi, Johann turut mengambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan kaedah tradisional.
“Dari bahagian lounge sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.”
Kata Johann, pintu itu memang dicari di Melaka manakala interior dia lakukan sendiri. dia juga gemar mengumpul barang-barang dari negara Asia seperti labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.
Kredit Foto: Majalah Nona
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini berlangsungnya acara gilang gemilang anugerah Grammy yang ke 65 di Arena Crypto.com di Los Angeles, California menyaksikan ramai penghibur bertaraf superstar dunia hadir meraikan industri muzik pada malam penuh berprestij itu. Turut memeriahkan dan tercalon ialah penyanyi popular dan berbakat besar Taylor Swift yang hadir dengan persalinan anggun 2 piece berwarna midnight blue hasil rekaan Roberto Cavalli.
Selain dari keanggunan Taylor Swift, turut mendapat perhatian adalah tindakannya sepanjang malam anugerah tersebut. Menerusi pelbagai sumber yang hadir menyaksikan anugerah tersebut secara LIVE, ramai dari mereka teruja dengan sikap Taylor yang sentiasa menjadi orang pertama yang berdiri dan memberikan tepukan setiap kali nama pemenang diumumkan.
Malahan, reputasi professional tersebut tersebut sememangnya sudah sebati dalam diri Taylor sejak dulu lagi. Malah, Taylor tidak langsung segan untuk bangun dan memberikan tepukan meskipun penonton-penonton lain tidak berbuat demikian. Padanlah Taylor Swift menjadi kesayangan peminat-peminatnya.
“Satu perkara yang paling saya kagumi tentang Taylor ialah betapa dia menyokong semua orang. Pada malam anugerah tersebut dia sangat selesa menjadi satu-satunya orang yang memberi tepukan gemuruh dan menari.”
Tindakan Taylor Swift ini turut menjadi bahan bualan di Twitter yang menyanjungi sikap Taylor yang dari dahulu sangat menyokong karier pemain-pemain kreatif dan karyawan muzik di sana. Semoga “class-act” Taylor ini menjadi ikutan buat semua terutama sekali di dalam industri seni tempatan. Janganlah bila ada orang menang buat-buat sibuk tengok handphone saja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.