Setiap kali melihat cermin, timbul rasa geram melihat pori-pori kulit yang besar. ‘Terganggu’ rasanya bila nampak bintik-bintik bedak bertompok dan tidak licin seperti model iklan solekan.
Menurut Healthline, pori-pori wajah adalah liang peluh dan sebum atau minyak semula jadi. Ia sering tersumbat oleh kotoran dan minyak. Hal ini membuatkan pori-pori tampak lebih besar dari yang sepatutnya.
Selain melakukan rawatan laser, terdapat beberapa petua semula jadi yang berkesan untuk mengatasi masalah pori-pori besar pada wajah. Ayuh semak lima bahan-bahan mudah di dapur ini untuk mengecilkan pori-pori dengan berkesan.
1. Putih Telur
Putih telur dapat membantu mengencangkan kulit dan mengecilkan pori-pori besar. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Anda boleh membuat masker peel-off menggunakan putih telur dengan mudah.
Caranya, ambil putih telur dan pukul hingga teksturnya cair. Oleskan putih telur ini ke seluruh wajah dan tampalkan helaian tisu. Tunggu kering dan bilas wajah dengan air sampai bersih.
2. Ais
Ads
Ais dikatakan sangat efektif untuk mengatasi pori-pori besar. Ini kerana ia memiliki kesan mengencangkan kulit dan membantu mengecilkan pori-pori besar. Suhu ais juga mampu membuat pori-pori lebih relaks dan mencegah iritasi akibat perubahan suhu panas atau lembap.
Untuk mengecilkan pori-pori, bungkus beberapa ketul ais dengan kain bersih dan oleskan ke seluruh wajah sebelum bersolek. Amalan yang konsisten dapat membantu menjadikan wajah lebih sihat, halus dan bercahaya.
Berkat sifat astringen tomato, ia mampu menghilangkan minyak berlebihan, mengencangkan kulit, dan mengecilkan pori-pori besar. Tomato juga kaya dengan likopen dan antioksidan yang mampu memperlambat proses penuaan kulit.
Campurkan satu sudu makan jus tomato dengan 3-4 titis air lemon sehingga teksturnya kental seperti masker. Oleskan pada kulit dan tunggu selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air dingin.
4. Baking Soda
Serbuk baking soda membantu mengimbangi tahap pH kulit. Sifat anti-inflamasi dan anti-bakteria di dalamnya juga membantu mengurangi jerawat.
Ads
Hanya campurkan dua sudu makan baking soda dan dua sudu makan air hangat ke dalam bekas. Kemudian, oleskan kedua bahan itu ke seluruh wajah dan urut wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan selama lima minit dan bilas dengan air dingin. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, lakukan rutin ini 3-4 kali seminggu.
5. Gula pasir
Gula pasir memiliki manfaat untuk mengeksfoliasi kulit, menghilangkan minyak berlebihan dan kotoran yang menyumbat pori-pori. Penggunaan gula pasir sebagai skrub pula dapat mengecilkan pori-pori secara alami.
Caranya, hiris lemon dan beri sedikit gula pasir di atasnya. Kemudian, gosokkan kedua bahan itu ke seluruh wajah secara lembut dan biarkan sari-sarinya tetap berada di kulit wajah selama 15 minit sebelum dibilas.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 12 Ogos merupakan tarikh kelahiran aktres cantik Filipina, Marian Rivera Gracia Dantes. Memasuki usia 35 tahun beberapa hari lalu, sambutan hari istimewa tersebut pasti meninggalkan memori indah buat Marian kerana selain dilimpahi dengan populariti, kesenangan dan kebahagiaan hidup berkeluarga… tahun ini juga menyaksikan suri hati Dingdong Dantes menerima kehadiran ‘orang baru’.
Marian yang selamat melahirkan bayi lelaki pada April lalu menamakan anak keduanya itu sebagai Jose Sixto Dantes atau lebih dikenali Ziggy. Marian Rivera yang mula dikenali di Malaysia sejak drama bersiri Filipina, Marimar ditayangkan sekitar tahun 2007… berjaya membuatkan ramai para gadis dan teruna jatuh hati dengan kecantikan yang dimilikinya.
Selain memaparkan raut wajah sempurna Marian, drama romantik ini juga menggandingkan pelakon lelaki handalan Filipina, Dingdong Dantes sebagai hero yang kini merupakan suami kepada Marian. Setahun selepas kejayaan drama bersiri tersebut, pasangan ini kembali disatukan dalam Dyesebel. Sebuah drama romantik fantasi yang diadaptasikan daripada karya novel.
Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Marian atau nama sebenarnya Marian Rivera Gracia Dantes ini termasuk Amaya, Temptation of Wife dan One True Love.
Keserasian yang tercipta di antara Marian dan Dingdong Dantes sebagai pasangan hero heroin di layar perak selama ini akhirnya menjadi realiti apabila kedua-duanya mengikat janji sehidup semati dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang pada penghujung tahun 2014. Ia sekali gus membuatkan peminat melabelkan mereka sebagai pasangan paling secocok! Iyalah, si suami berwajah tampan dan sasa. Isteri pula cantik dan bertubuh langsing. Memang sepadan sangat.
Hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, Marian dan Dingdong dikurniakan dua anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Puteri sulung mereka, Maria Letizia Dantes kini berusia empat tahun. Ternyata, anak kecil ini mewarisi kecantikan ibunya. Sementara Ziggy yang baru 4 bulan pula dah terserlah dengan raut wajah kacak seperti bapanya meskipun masih kecil.
Walau pun sibuk menguruskan keluarga dan anak namun pesona Marian masih menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, dengan usia dan statusnya kini dia masih mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan. Tidak ubah seperti anak dara. Bergaya, cantik, langsing dan penuh dengan sikap keibuan. Untung Dingdong Dantes.
Mengikuti perkembangan aktres ini di Instagram dengan jumlah pengikut mencecah 7.2 juta, gaya hidup sihat dan kerap melakukan rutin senaman bersama suami tercinta antara rahsia Marian memiliki pinggang yang ramping. Selain bergiat aktif dalam dunia seni dan aktiviti kemasyarakatan, Marian juga adalah Pengasas kepada Flora Vida iaitu perniagaan yang berasaskan bunga-bungaan segar.
Sumber foto: Instagram Marian Rivera
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menariknya, Viviana kini turut tersenarai dalam kelompok Top 10 Pre-Arrival Favorites hasil undian peminat melalui Facebook dan Instagram Miss Grand International.
Undian ini menjadi petunjuk awal sokongan global menjelang acara kemuncak.
Orang ramai diseru untuk terus memberikan sokongan kepada Viviana melalui platform media sosial rasmi pertandingan, sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam era digital hari ini, kebanyakan jenama kecantikan terkenal dilahirkan daripada skrin telefon pintar mahupun content creator yang memahami keperluan pengguna lebih baik daripada kebanyakan syarikat besar.
Mereka bukan sahaja mahir dalam solekan atau penjagaan kulit bahkan berwawasan yang mampu mengubah penjenamaan peribadi menjadi perniagaan berbilion-bilion.
Fenomena ini jelas dilihat pada kejayaan sebilangan pempengaruh kecantikan yang berjaya membina jenama sendiri.
Kejayaan Huda Beauty
Contohnya, di peringkat global pengasas Huda Beauty, Huda Kattan melakar satu lagi kejayaan dengan mengambil alih pemilikan penuh jenama yang diasaskannya daripada pelabur.
Kini, pengasas adalah wajah utama jenama dengan cerita dan visi peribadi yang menjadi kekuatan utama dalam membina hubungan dengan pengguna.
Tidak hairanlah trend “jenama yang diterajui pengasas” daripada pencipta kecantikan semakin mendominasi landskap industri.
Tindakan terbaharu Huda Kattan adalah bukti bagaimana kuasa pencipta boleh mencapai skala global. Pada awal Jun 2025, dia secara rasmi membeli balik semua saham Huda Beauty daripada TSG Consumer Partners selepas perkongsian selama lapan tahun.
Kini, jenama yang dibinanya pada 2013 dengan pinjaman wang daripada kakaknya, Alya Kattan kembali ke tangannya.
“Ini adalah detik penting bagi saya,” kata Huda.
“Jenama ini dibina atas semangat, kreativiti dan keinginan untuk mencabar industri kecantikan,” tambahnya.
Lebih Agresif
Sebagai salah satu perintis jenama kecantikan yang diterajui oleh pempengaruh, Huda Beauty berkembang daripada sebuah blog kepada label global dengan puluhan juta pengikut di media sosial.
Produk ikonik seperti Easy Bake Setting Powder dan Easy Blur menjadi pilihan utama di kalangan penggemar solekan.
Kini, bersama suaminya Christopher Goncalo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Alya Kattan sebagai Ketua Strategi Sosial, Huda bersedia untuk memasuki lembaran baharu yang lebih agresif.
Dia turut melancarkan Huda Hotline dan podcast peribadi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.