Pernah ke Restoran Sambal Hijau di Kampung Sungai Penchala? Hari ni bolehlah anda singgah berbuka puasa di sini, pasti tak menyesal. Macam-macam hidangan kampung boleh anda nikmati di restoran tersohor ni. Bukan saja lauk-pauk bahkan kuih-muih juga ada. Pilih saja yang mana membuka selera anda.

Pastikan datang awal kerana selalunya restoran ni cepat penuh. Terima kasih kepada pemilik restroran, Puan Noor Aini Abdul Majid kerana sudi berkongsi 4 resipi istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Ads

KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Kecur Air Liur Tengok Menu SELERA KAMPUNG Restoran Sambal Hijau Ni!

1 kepala ikan jenahak (dibelah dua)

Bahan-Bahan A:

  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan

Bahan-bahan B:

  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 4 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
  • 1 sudu halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato (dihiris halus)

Bahan-bahan C:

  • 700 ml air asam jawa
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 3 biji tomato (dibelah dua)
  • Bendi (jika suka)
  • 1 biji terung panjang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (tambah jika perlu)
  • 2 biji cili merah/hijau (dibelah dua, jangan putus)
  • 1/2 kiub ikan bilis

Cara Membuat:

Bersihkan ikan dan panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan B sehingga wangi. Masukkan rempah yang dibancuh dan masak sehingga terbit minyak. Masukan ikan bersama 1 cawan air dan ½ cawan santan. Masak sehingga ikan setengah masak. Masukkan air asam jawa, bendi dan terung. Kacau, biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam, gula dan kiub ikan bilis. Setelah sebati dan mendidih masukkan tomato dan belahan cili. Biarkan mendidih selama 2 minit, hidangkan.

SAMBAL HIJAU

Kecur Air Liur Tengok Menu SELERA KAMPUNG Restoran Sambal Hijau Ni!

Bahan-bahan A:

  • 1 kg cili api Siam
  • 400 gm bawang besar (dikisar tidak terlalu halus & toskan airnya)
  • 2 cawan minyak masak

Bahan-bahan B (jangan dikisar)

  • 200 gm udang geragau
  • 200 biji petai (dipotong halus)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 100 biji terung pipit
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

Ads

Goreng semua bahan A sehingga cili betul-betul masak. Kemudian masukkan pula semua bahan B dan kacau sehingga masak dan sebati.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Kecur Air Liur Tengok Menu SELERA KAMPUNG Restoran Sambal Hijau Ni!

1 kg daging salai (disalai dan dipotong nipis-nipis)

Bahan-bahan A (dikisar halus)

  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 biji cili api

Bahan-bahan B:

Ads
  • 3 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kg santan
  • 2 biji kentang (dipotong 4)
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak:

Rebus daging salai bersama bahan-bahan A sehingga empuk. Kemudian masukan pula kentang. Setelah kentang setengah masak masukan santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

PULUT DURIAN

Kecur Air Liur Tengok Menu SELERA KAMPUNG Restoran Sambal Hijau Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 10-15 ulas durian
  • 3 cawan beras pulut (direndam 1-2 jam & ditanak)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 ½ cawan air
  • 2 ketul gula melaka (diparut)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam secukupnya

Cara Membuat:

Campurkan santan pekat bersama air. Masukkan daun pandan dan garam untuk menambah lemak kuah santan. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih, tutup api. Makan bersama gula melaka yang diparut.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI