Kecur air liur tengok masakan dan juadah manisan Lana Nodin. Dalam kesibukan menjaga anak-anak dan suami tanpa bantuan pembantu rumah pun aktres jelita ini rajin masuk ke dapur. Malah isteri pemain bola tampar warga Amerika Syarikat ini juga gemar upload video dan gambar masakan di Instagram buat tatapan peminat. Siap kongsi resipi pula tu!
Meniti usia 40 tahun, Lana bukan hanya aktif dalam kerjaya seni bahkan dia juga merupakan seorang usahawan. Kalau tengok jualan manisan dan produk makanan yang diusahakan Lana memang menyelerakan. Antara bisnes Lana termasuklah Sambal Lesung Lana, donut Bombo Lana dan Manis by Lana Nodin iaitu kek keju dalam balang. Itu belum kira lagi produk kesihatan Lana Health & Beauty. Berbakat betullah suri hati Mohd Daud McKienzie ini!
Mengintai laman sosial ibu kepada dua anak ini, memang terserlah minat Lana dengan masakan. Pantang ada masa terluang, ada sahaja menu yang hendak dihidangkan kepada keluarga. Bukan sahaja masakan tradisi, menu Barat, roti dan aneka pencuci mulut boleh disediakan Lana. Salah satunya ialah Cheese Cake. Berikut resipi kek keju air tangan Lana Nodin.
Bahan-bahan:
120g biskut
60g mentega (dicairkan)
400g krim keju
120g gula
200g krim masam
150ml heavy cream
2 telur
2 sudu corn starch
1.5 sudu ekstrak vanila
1/4 jus lemon
180° 30 minit / 150° 40 minit then turn off the oven wait for 60 minit or more. Then put in the fridge for at least 6 hours before cut and serving.
Saat menjadi penghias kulit Majalah Nona edisi November 2019, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin mengakui dirinya seorang yang ringkas. Walaupun mendirikan rumah tangga bersama lelaki ‘mat saleh’ namun dia masih berpegang kuat dengan amalan semula jadi.
“Kalau keluar ke mana-mana terutama pada waktu siang, saya lebih selesa tidak mengenakan sebarang solekan. Apatah lagi suami, dia tidak suka saya bermekap berlebih-lebihan. Cukup sekadar penyeri wajah agar tidak terlihat kusam atau tidak bermaya. Saya juga seorang yang menitik beratkan soal penjagaan kesihatan dalaman. Saya dan suami mempunyai produk kesihatan kami sendiri iaitu jus kunyit. Suami saya merupakan pengguna tetap produk tersebut.
Pada awalnya kami guna untuk diri sendiri sahaja namun setelah mendapat permintaan maka ia kini menjadi satu perniagaan. Jus kunyit ini sangat natural dan segar tanpa campuran bahan-bahan pengawet. Pada usia 40 tahun, tak dinafikan saya perlu menjaga kesihatan dengan sebaiknya. Selain mengamalkan jus kunyit tadi, saya juga ada melakukan rawatan secara rutin di klinik estetik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.”
Hasil perkongsian hidup bersama Daud McKienzie, kehidupan Lana lebih bermakna dengan kehadiran dua cahaya mata comel iaitu Gia Quinn McKienzie dan William Daud McKienzie.
This website uses cookies.