Seronok tengok bisnes dessert adik-beradik kembar, Ekin dan Aenn. Lagi-lagi dalam musim perayaan macam Hari Raya Aidilfitri, memang melonjak naik jualan. Alhamdulillah.
Ketika menemu bual Ekin atau nama sebenarnya Nora Ashikin Rahmat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, dia memaklumkan perniagaan pemanis mulut, Polkapops terpaksa ‘bercuti’ seketika.
Namun kini, usahawan adik-beradik berjiwa besar tersebut sudah kembali rancak berniaga.
Sepanjang tiga tahun mengusahakan Polkapops, Ekin memberitahu jualan produk ini sentiasa mendapat permintaan ramai. Lebih menarik, setiap kali musim perayaan mereka akan hadir dengan keunikan tersendiri.
Misalnya pada sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu, Polkapops mengeluarkan mochi berbentuk buah limau yang sinonim dengan perayaan tersebut.
Malah, Polkapops juga mengeluarkan mochi beraneka bentuk kuih-muih tradisi raya dan ketupat ketika Hari Raya beberapa tahun lalu.
View this post on Instagram
“Terima kasih pada semua penggemar Polkapops dessert yang tak jemu-jemu repeat order. Alhamdulillah dah 3 tahun dalam pasaran, permintaan masih tak putus-putus setiap hari. MashaAllah. Allah Maha Baik. Syukur, thank you agent yang setia dengan kami,” luah Ekin.
Bertatih dalam dunia keusahawanan sejak kira-kira sembilan tahun lalu, sepanjang tempoh berkenaan pelbagai cabang bisnes telah diceburinya termasuklah berniaga produk kecantikan Uniquein, tudung Hoodie, manisan Polkapops dan sebagainya.
“Waktu PKP memang tak dinafikan banyak peniaga yang terjejas termasuk kami sebab kami terpaksa ‘bercuti’ daripada menjual dessert Polkapops sebab tak dapat nak hantar kepada agent. Strategi kami bila tak dapat niaga makanan ni, kami lebih fokus dalam penjualan tudung yang memudahkan pelanggan beli melalui online.”
Ditanya bagaimana boleh tercetus idea beralih dari bisnes kecantikan dan kesihatan kepada sajian pencuci mulut, sambil tertawa suri hati Mawi ini membuka cerita. “Idea Polkapops datang dari Ekin sendiri sebab Ekin terlalu suka makan dessert.
Sampai kalau pergi melancong dalam dan luar negara pun Ekin suka cuba pelbagai dessert yang ada. Buat masa ini, kami dah ada lebih 60 agent dan stokis di seluruh negara.
Istimewanya Polkapops berbanding dessert lain ialah ia dibuat mengikut edisi. Edition Polkapops kami hasilkan mengikut perayaan seperti Hari Raya, Chinese New Year dan Christmas,” ujarnya yang menjual dessert ini sejak Ogos 2019.
Mengimbas kembali detik awal menceburi bidang perniagaan, Ekin yang sebelum ini bergelar pelakon tidak menyangka mampu mempunyai empayar niaga sendiri. “Ekin start bisnes pada tahun 2013 dengan mula mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan. Alhamdulillah mendapat sambutan yang luar biasa dan membuatkan Ekin makin bersemangat untuk terus berniaga dalam bidang ini.
Sepanjang berniaga, antara cabaran terbesar yang pernah Ekin lalui adalah apabila wujud produk tiruan di pasaran dengan pihak tidak bertanggungjawab cuba copy design dan menyalahgunakan nama kami.”
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, “Selain tudung dan makanan, kami ada bisnes dalam bidang entertainment dan kini dalam proses untuk keluarkan filem terbaharu iaitu Hantu Kuat Ketawa. Sekarang dalam proses suntingan.”
Memang rancak Ekin buat duit! Difahamkan, Ekin mengusahakan syarikat produksi MW Entertainment di samping suami tercinta.
“Ekin bersyukur bila berniaga sendiri ni kita tak terikat dengan masalah waktu sebab dalam masa yang sama, family sentiasa depan mata. Jadi tak stress sangat. Alhamdulillah, Ekin ada pembantu yang dapat meringankan tugas untuk kerja-kerja di rumah. So far, Ekin tak terfikir nak berlakon lagi. Cukup-cukup masa yang ada ni untuk berniaga dan keluarga saja.”
Sementara itu, ditanya bagaimana Ekin mampu menjaga keharmonian rumah tangga ini jawapan Ekin. “Alhamdulillah, yang Ekin tekankan dalam rumah tangga ni kena jujur dan bertolak ansur. Dalam erti kata lain, tak perlu ‘sentap-sentap’. Istimewanya Mawi di mata Ekin, dia seorang yang sangat baik, penyabar, kuat bekerja dan sayangkan keluarga.
Soal impian yang belum terlaksana pula… ni susah nak cakap sebab impian yang ada alhamdulillah banyak yang dah terlaksana. Syukur dan Ekin berdoa semoga segalanya Allah SWT merahmati kehidupan kami dunia akhirat. Amin.”
Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun di samping bekas Juara Program Akademi Fantasia Musim Ketiga itu, Ekin dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cahaya Malaika yang berusia 10 tahun.
Kredit foto: Instagram Ekin Mawi