Kedai Diarah Tutup, Guru Bisnes Ini Buka Rahsia Elak Peniaga Rugi & Jatuh Terduduk

Bukan setakat terduduk tapi terguling-guling dibuatnya sejak premis perniagaan diarah tutup ekoran wabak COVID-19. Ramai pemilik bisnes garu kepala, buntu membayangkan nasib perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa. Silap haribulan syarikat gulung tikar kalau tiada tindakan bertahan daripada sekarang.

Situasi getir ini memaksa Guru Bisnes atau Business Strategist terkenal, Tuan Hasbul Ariff dari Hasbul Brothers, membuka rahsia demi menyelamatkan nasib peniaga yang kerugian. Memandangkan ramai peniaga online terdiri daripada golongan wanita, beliau berkali-kali menyuruh kos perbelanjaan dikawal ketat. Jom ikuti perkongsian Tuan Hasbul Ariff yang dipetik dari Facebook ini.

Untuk sebahagian bisnes yang terkesan, anda harus ada keupayaan untuk bermula semula daripada awal. Situasi ini tak sama seperti kita bermula dahulu yang serba zero. Jadi sebagai business owner, apa yang perlu diusahakan untuk survival bisnes?

  1. Elak dan tangguhkan segala belanja tidak perlu.
  2. Nego dengan owner premis untuk tangguhkan/kurangkan bayaran sewa.
  3. Nego dengan pihak bank/agensi untuk tangguhkan/kurangkan bayaran ansuran pinjaman bisnes.
  4. Nego dengan suppliers supaya beri kemudahan untuk tangguhkan bayaran.
  5. Jujur dengan pekerja kita tentang situasi kewangan syarikat sekarang. Be transparent. Maka mereka lebih memahami jika kita beri pilihan secara sukarela untuk mereka bercuti tanpa gaji, atau sama-sama berkorban untuk syarikat dalam lain-lain perkara.
  6. Harus ada budi bicara antara majikan dan pekerja. Bukan berlaku kejam tanpa terus terang dan saling menyalahkan.
  7. Brainstorm segera dengan team yang ada apa backup plan, atau contingency plan untuk dilaksanakan sekarang supaya bisnes dapat bertahan dalam tempoh sukar ini. Fokus pada solution, usah membesarkan problem.
  8. Perlu tukar model bisnes buat sementara? Maka tukarlah. Daripada offline kepada online, daripada walk-in kepada delivery.
  9. Perlu buat SALE sempena LOCKDOWN, maka buatlah.
  10. Perlu fokus kepada zero atau low-cost marketing, maka buatlah. Buatlah apa sahaja yang dirasakan perlu untuk survival syarikat.
  11. Buat business owner yang ‘terupgrade’ lifestyle peribadi dengan drastik umpama bisnes ini sentiasa cerah masa depan, selamatkanlah syarikat dahulu. Bukan selamatkan kemewahan dahulu demi menjaga maruah sehingga syarikat terkubur.
  12. Belajar sesuatu daripada ujian ini. Keluar daripada zon selesa. Buat perkara yang kita tidak pernah buat sebelum ini. Belajar skill negotiation, belajar untuk deal, belajar untuk adapt dengan situasi, belajar jadi leader yang bagus ketika waktu sukar. InshaAllah kita jadi manusia lebih baik, lebih bijak, lebih tenang dan lebih kental selepas ini.

Terasa hancur perancangan kita? Ingatlah perancangan Allah itu lebih baik. Sedikit keluhan kita tentang rezeki? Ingatlah Allah itu al-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki.

Sentiasa percaya ada kesenangan selepas kesulitan. Didoakan diberi ketabahan kepada kita untuk hadapi ujian ini.

Share
Published by
Norzalina