Suasana, rekaan serta dekorasi interior ruang yang menggunakan tanaman hijau bukan lagi menjadi sesuatu yang tabu ketika ini. Mengapa tanaman ini berperanan penting dalam dekorasi kediaman?
Berikut manfaat yang dapat diperolehi jika sesebuah kediaman itu meletakkan tanaman segar sebagai salah satu elemen dekorasi.
SEMULA JADI
Sebenarnya, aura semula jadi yang dibawa oleh tanaman mencetuskan suasana segar dalam ruang kediaman. Tanaman sinonim dengan suasana luar namun jika ia turut dijadikan sebahagian daripada elemen dekorasi kediaman maka kesan semula jadi itu akan dirasai. Sesuai buat mereka yang menginginkan hunian dengan konsep natural yang juga serasi dengan suasana iklim tropika.
WANGI
Tidak semua jenis tanaman mempunyai haruman yang menyenangkan. Secara psikologi, ruang yang berbau harum dan menenangkan akan mempengaruhi mood atau perasaan seseorang yang berada di ruang tersebut. Antara tanaman berbau harum ialah lavender, mawar atau rosemary
. Boleh letakkan haruman ini ruang tamu atau bilik tidur agar mood serta ambien yang segar melatari segenap hunian.CANTIK
Selain memberi kesan semula jadi dan haruman menyegarkan, tanaman hijau turut mengindahkan ruang kediaman. Jenis tanaman yang pelbagai mampu menjadikan ruang yang gloomy kelihatan lebih menarik. Boleh meletakkan pelbagai jenis tanaman di dalam satu rak yang sama dengan finishing lukisan yang sesuai. Ruang hunian akan semakin cantik!
UNIK
Tidak semua tanaman mempunyai bentuk daun yang runcing, panjang atau berwarna hijau kerana terdapat beberapa tanaman unik yang boleh digunakan untuk memperindahkan ruang hunian. Contohnya, kaktus dan tanaman terrarium kecil. Dua tanaman ini tampak elegan serta mencetuskan nuansa dekoratif berbeza berbanding meletakkan tanaman berukuran besar. Amy Mohd
This website uses cookies.