Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman, menganjurkan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan ke-65 di Rumah Malaysia di Wassenaar pada 22 September 2022.
Majlis itu dihadiri lebih 200 pegawai kehormat tempatan dan asing, termasuk pegawai tinggi dari kerajaan Belanda, anggota kor diplomatik, dan komuniti perniagaan.
Ads
Makanan istimewa Malaysia seperti pulut kuning, rendang, karipap, kuih bakar, kuih lapis, mee hoon goreng dan cucur udang turut disajikan buat tetamu.
Majlis resepsi itu dimulakan dengan lagu kebangsaan yang dinyanyikan oleh Florence Chong, penyanyi Malaysia yang bemaustatin di Belanda, diikuti dengan lagu kebangsaan Belanda, Het Wilhelmus.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional oleh pemain Sape terkenal, Jerry Kamit yang dibawa khas ke The Hague oleh kerajaann Sarawak.
Datuk Nadzirah dalam ucapannya menyatakan Malaysia dan Belanda telah memupuk hubungan yang erat dan mesra sejak dimeterai secara rasmi pada 31 Ogos 1957.
Beliau juga menekankan bahawa tahun ini adalah istimewa kerana kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik dua hala.
Hubungan dua hala kekal kukuh menerusi pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama termasuk politik, ekonomi dan budaya.
“Kami tidak sabar untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedaia ada dengan menyambung semula rundingan politik antara kedua-dua negara yang dijadualkan diadakan awal tahun depan,” katanya.
Perdagangan dan pelaburan adalah antara sorotan hubungan Malaysia-Belanda.
Ads
Walaupun berdepan cabaran semasa pandemik, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2021 direkodkan meningkat kepada 29 peratus berbanding 2020.
“Kami menjangkakan peningkatan dalam perdagangan dua hala pada 2022 berikutan pertumbuhan positif sebanyak 54.7 peratus bagi separuh pertama tahun ini,” tambahnya.
Menurutnya lagi, Belanda merupakan pengimport terbesar produk Malaysia di EU dan rakan perdagangan kedua terbesar di Eropah pada 2021.
Mengenai pelaburan, Belanda merupakan pelabur asing terbesar yang diluluskan di Malaysia pada 2021 bernilai RM78 bilion.
Ads
Pada masa ini, terdapat lebih 250 syarikat dan perniagaan Belanda yang beroperasi atau melabur di Malaysia.
Dalam sektor pelancongan, Belanda merekodkan jumlah ketibaan pelancong ketiga tertinggi di Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.
Sebelum pandemik, Malaysia menerima lebih 80 ribu pelancong Belanda setiap tahun.
Beberapa syarikat penerbangan melakukan penerbangan terus antara lapangan terbang Kuala Lumpur dan Schiphol.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia semakin berubah dan disebabkan kemajuan yang dinikmati hari ini di samping kesibukan yang melanda kaum wanita, ramai di antaranya lebih selesa mengambil makanan segera sebagai hidangan harian. Malah, menurut Dr Hamid Arshat salah satu punca kepada masalah kerosakan rahim adalah disebabkan pemakanan.
Macam mana ia boleh mempengaruhi kesihatan kaum wanita? Selidik ilmu yang dikongsikan Dr Hamid Arshat ini.
FIBROID, ENDOMETRIOSIS & ADENOMYOSIS
Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita berumur 40an. Tetapi pada zaman sekarang, seawal usia 20an pun sudah menghidap penyakit tersebut. Bahkan ada yang mengalami ketumbuhan yang amat besar.
Bagi penyakit adenomyosis, tanda pertama yang boleh menjelaskan seorang itu mengalaminya disebabkan senggugut. Pun begitu, ia sering didahului dengan penyakit endometriosis. Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim.
Manakala adenomyosis pula tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim. Antara tanda-tanda lain adalah pendarahan yang banyak dan/atau berpanjangan. Sementara gejala yang boleh dilihat ialah kesukaran hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroid pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak pun tidak mengalami sebarang gangguan. Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain. Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan kencing dan pembuangan najis.
FAKTOR PENYUMBANG
Kedua-dua jenis ketumbuhan tersebut ada faktor baka. Ertinya jika ibu mereka menghidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan turut berisiko. Berwaspadalah.
Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakan serta mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
PENYELESAIAN
Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi. Amat penting untuk memberikan makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Selain itu, paksa mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak menangis, merengek atau merajuk dengan memujuk memberikan junk food.Kesan buruk ialah kegemukan dan kelemahan immuniti anak-anak hingga menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak mempunyai zuriat sendiri, hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mengenangkan terdapat keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan susu dan lampin untuk bayi mereka akibat desakan hidup apatah lagi apabila negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid19 ini.
Inilah situasi yang dihadapi oleh Anzalna Nasir yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini dengan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan susu dan lampin pakai buang. Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta sumbangan dan bantuan.
“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi. Tersentuh hati bila membaca DM yang beri bayi minum air kanji sebagai pengganti susu dan sebagainya. Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri sudah mempunyai anak. Jadi sangat memahami situasi keluarga terdesak yang tidak dapat membeli susu anak dan lampin pakai buang kerana hendak mengutamakan keperluan lain walaupun pada hakikatnya susu dan lampin pakai buang juga satu keperluan sekiranya mempunyai anak kecil.
“Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa yang boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu. Caranya ialah saya akan buat pindahan wang. Semalam, saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli. Saya berharap mereka memanfaatkan sumbangan tersebut untuk keperluan anak. Jika mereka berbohong dan gunakan wang untuk perkara lain, itu antara dia dengan Allah. Tapi niat saya hanyalah untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Anzalna yang terbaca berbagai kisah yang dikirmkan melalui DM Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Anzalna berkata dia perlu berlaku adil dengan memberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Bukan bermaksud bersifat selektif, tetapi Anzalna terpaksa menapis keadaan keluarga yang benar-benar meemrlukan bantuan.
”Saya menerima banyak DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan. Tidak dinafikan, dalam rezeki kita, sebenarnya ada portion untuk orang lain.”
Walaupun pihak kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak. Saya tolong setakat yang termampu. Lagipun susu dan lampin pakai buang penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.
Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Anzalna semakin rajin ke dapur dan mencuba pelbagai menu untuk dinikmati oleh suami tersayang.
“Sebagai isteri sudah tentu saya akan memasak untuk suami. Dalam keadaan sekarang ni, takkan nak order sahaja makanan setiap hari. Jadi,saya masak untuk suami. Inipun barang dapur sudah hampir habis. Nak kena stok up barang basah ni,” ujar Anzalna yang bersiap dengan sanitizer, face mask dan sapu tangan sekiranya hendak keluar ke pasaraya berhampiran kediamannya.
“Sekarang ni dah tak perlu melaram sangat untuk ke pasaraya sebab semua orang akan pakai face mask. Cukup buat kening sahajalah,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan dengan gelak trademark nya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi semalam.
Anak Allahyarham, Dr Fawziah Tan Sri Ishak berkata, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakal.
“Kami terkejut kerana masa raya pertama ibu saya beritahu beliau dapat jalan enam langkah dan sangat positif untuk pulih daripada strok. Beliau merupakan role model saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya selepas solat zohor.
Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan dua cucu perempuan.
Pada masa sama, cucunya Dr Dima Marlina Mohd Rafi menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pemergian Allahyarham bukan sahaja sebagai seorang ibu dan nenek, tetapi juga sebagai tokoh pendidikan negara dan pemerkasaan wanita.
Antara pencapaian Allahyarham ialah menjadi wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat dan dianugerahkan Pingat Fatimah sempena Hari Wanita pada 1988.
Allahyarham juga telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak 1956 dan menjawat pelbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru serta pensyarah maktab.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...