Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman, menganjurkan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan ke-65 di Rumah Malaysia di Wassenaar pada 22 September 2022.

Kedutaan Malaysia Di Hague Sambut Hari Kebangsaan Ke-65 Di Rumah Malaysia
Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Nadzirah Osman.

Majlis itu dihadiri lebih 200 pegawai kehormat tempatan dan asing, termasuk pegawai tinggi dari kerajaan Belanda, anggota kor diplomatik, dan komuniti perniagaan.

IKLAN

Makanan istimewa Malaysia seperti pulut kuning, rendang, karipap, kuih bakar, kuih lapis, mee hoon goreng dan cucur udang turut disajikan buat tetamu.

Majlis resepsi itu dimulakan dengan lagu kebangsaan yang dinyanyikan oleh Florence Chong, penyanyi Malaysia yang bemaustatin di Belanda, diikuti dengan lagu kebangsaan Belanda, Het Wilhelmus.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional oleh pemain Sape terkenal, Jerry Kamit yang dibawa khas ke The Hague oleh kerajaann Sarawak.

Datuk Nadzirah dalam ucapannya menyatakan Malaysia dan Belanda telah memupuk hubungan yang erat dan mesra sejak dimeterai secara rasmi pada 31 Ogos 1957.

Kedutaan Malaysia Di Hague Sambut Hari Kebangsaan Ke-65 Di Rumah MalaysiaBeliau juga menekankan bahawa tahun ini adalah istimewa kerana kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik dua hala.

Hubungan dua hala kekal kukuh menerusi pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama termasuk politik, ekonomi dan budaya.

“Kami tidak sabar untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala sedaia ada dengan menyambung semula rundingan politik antara kedua-dua negara yang dijadualkan diadakan awal tahun depan,” katanya.

Perdagangan dan pelaburan adalah antara sorotan hubungan Malaysia-Belanda.

IKLAN

Walaupun berdepan cabaran semasa pandemik, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2021 direkodkan meningkat kepada 29 peratus berbanding 2020.

“Kami menjangkakan peningkatan dalam perdagangan dua hala pada 2022 berikutan pertumbuhan positif sebanyak 54.7 peratus bagi separuh pertama tahun ini,” tambahnya.

Menurutnya lagi, Belanda merupakan pengimport terbesar produk Malaysia di EU dan rakan perdagangan kedua terbesar di Eropah pada 2021.

Mengenai pelaburan, Belanda merupakan pelabur asing terbesar yang diluluskan di Malaysia pada 2021 bernilai RM78 bilion.

IKLAN

Pada masa ini, terdapat lebih 250 syarikat dan perniagaan Belanda yang beroperasi atau melabur di Malaysia.

Dalam sektor pelancongan, Belanda merekodkan jumlah ketibaan pelancong ketiga tertinggi di Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.

Sebelum pandemik, Malaysia menerima lebih 80 ribu pelancong Belanda setiap tahun.

Beberapa syarikat penerbangan melakukan penerbangan terus antara lapangan terbang Kuala Lumpur dan Schiphol.

Sumber: Bernama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI