Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi impak terhadap pelbagai lapisan kehidupan dan situasi itu masih belum reda sepenuhnya. Ramai kehilangan ahli keluarga, kualiti kesihatan yang tidak menentu dan melalui pelbagai dugaan akibat impak pandemik tersebut.
Bagi aktres Rani Mukherjee, situasi tersebut masih segar dalam ingatannya apabila dalam tempoh sama iaitu sekitar tahun 2020 dia mengalami keguguran. Kandungannya yang juga merupakan zuriat kedua hasil perkahwinan dengan Aditya Chopra ketika itu sudah mencecah lima bulan tetapi tidak dapat diselamatkan.
“Sekitar tahun 2020 saya hamil anak kedua, tetapi sayangnya saya kehilangan bayi itu. Ini sesuatu yang menyedihkan kami sekeluarga,” katanya.
Hikmah dari sebalik kehilangan tersebut, Rani menerima tawaran membintangi filem Mrs Chatterjee VS Norway yang meraih sambutan hebat penonton menerusi siaran Netflix. Mrs Chatterjee vs Norway merupakan filem terbitan produksi Zee Studios dan Emmay Entertainment yang diarahkan oleh Ashima Chibber.
Mrs. Chatterjee Vs Norway didaptasi dari kisah benar Sagarika Chakraborty dalam bukunya yang berjudul The Journey of a Mother. Mrs. Chatterjee Vs Norway menceritakan kisah sepasang suami isteri warga India yang telah mempunyai dua orang anak. Sagarika Chatterjee (Rani Mukerji) dan suaminya, Anup Chatterjee (Anirban Bhattacharya) telah berpindah ke Norway untuk mencari pekerjaan.
Lakonan mantap Rani Mukherjee mendapat pujian ramai kerana dapat membawakan watak sebagai ibu yang berusaha keras memperjuangkan hak untuk anak-anaknya. Mana tidaknya, dalam filem yang diadaptasi dari kisah benar itu, pelbagai masalah timbul akibat perbezaan budaya Timur dan Barat.
Dua kanak-kanak diletakkan di bawah pengawasan Barnevernet (pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak Norway) atas beberapa pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu termasuk memberi makan anak-anaknya dengan tangannya, tidur bersama anak anak dan memakai kohl.
Untuk rekod, Rani Mukherjee mendirikan rumahtangga dengan Aditya Chopra pada 21 April 2014. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan secara tertutup di Itali. Pada 9 Disember 2015, dia melahirkan seorang anak perempuan yang dinamakan Adira.
Di samping kerjaya lakonannya, Mukerji telah terlibat secara aktif dengan beberapa sebab-sebab kemanusiaan dan lantang bersuara tentang isu-isu yang dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Mukerji telah dilantik sebagai duta oleh Procter & Gamble dan Hak Kanak-kanak NGO dan Anda untuk usaha sama mereka, Shiksha, untuk menyokong perjuangan pendidikan kanak-kanak. Pada tahun 2011, beliau menubuhkan Tabung Rawatan Strok, dengan kerjasama Persatuan Strok India, untuk membayar untuk rawatan pesakit strok yang terjejas dari segi kewangan.
This website uses cookies.