Kehadiran cahaya mata dalam sesebuah perkahwinan sememangnya amat dinanti-nantikan setiap pasangan berkahwin. Begitu juga kelahiran anak Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie. Penantian pasangan ini selama empat tahun nyata berbaloi dan kini puteri sulung mereka makin bijak dan membesar sihat.
19 Julai lalu genap empat tahun usia YM Tengku Sofia Najihah. Sebelum ini Che Puan Sarimah yang mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Negeri Sembilan berkenaan pada 2 April 2015 pernah mendedahkan mereka bersedia menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk hamil.
Titip Che Puan Sarimah bersempena hari lahir anak tersayang, “Alhamdulilah, to the loveliest smartest kindest little one in our world. Mummy and daddy deeply love you our munchkin sayang. May you have health and happiness and contentment always. Aamiin.”
Namun, rezeki Che Puan Sarimah dapat mengandung secara semula jadi.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/suami-dikurnia-gelaran-ydm-tengku-orang-kaya-menteri-diraja-pelakon-cantik-syamim-farid-kini-bergelar-to-puan/
Artikel menarik https://www.nona.my/kongsi-foto-cincin-berlian-di-samping-kerabat-diraja-kacak-jeslina-hashim-hitung-hari-bahagia/
Ternyata, YM Tengku Sofia mewarisi kecantikan ibu tersayang. Mana tidaknya, Che Puan Sarimah sendiri berasal dari keturunan Melayu-Irish. Jadi tak hairanlah permata hatinya pun cantik.
Dah gen ibunda putih gebu dan berhidung mancung! Ditambah pula dengan wajah tampan YM Tunku Jamie.
Bagi penyanyi, pengacara dan pelakon jelita Che Puan Sarimah, anugerah terindah dari Yang Maha Esa ini telah lama dinanti-nantikan memandangkan usia perkahwinannya bersama YM Tunku Jamie.
View this post on Instagram
Che Puan Sarimah yang aktif mengamalkan gaya hidup sihat tidak hanya cergas melakukan rutin senaman bahkan masih konsisten menjaga kesihatan dan stamina diri selepas melahirkan anak. Patutlah makin ramping dan berseri-seri.
Jelitawan ini genap menginjak usia 43 tahun pada 19 Februari lalu dan menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan pada tangga 2 April lepas.