Rasanya sejak mendirikan rumah tangga jarang sekali untuk melihat kelibat aktres cantik yang mempunyai nama unik, Datin Rebecca Nur Al-Islam muncul di kaca televisyen mahupun menghiasi muka-muka akhbar dan majalah tempatan mahupun dalam drama atau filem. Mungkin terlalu sibuk menguruskan rumah tangga yang telah dibina bersama suami, Dato’ Nur Azam Sulaiman sehingga tidak ada peluang untuk buat come back dalam bidang lakonan.
Lagipun, kehidupan Datin Becca kini dilihat cukup sempurna dengan kehadiran cahaya mata ke-5 sekitar bulan Julai yang lalu serta dilimpahkan dengan kehidupan mewah yang serba-serbinya cukup menjadi dambaan setiap orang dalam dunia ini. Mewah tidak semestinya mempunyai harta yang banyak tapi cukup lah sekadar dapat meluangkan waktu bersama keluarga suami dan anak-anak. Mana tidaknya, mempunyai 7 orang anak termasuk dua orang anak tiri yang mempunyai keletah masing-masing pastinya memeriahkan hidup Datin Becca dan suaminya.
Pelakon berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab yang masih lagi dalam berpantang selepas melahirkan anak ke-5 secara ceaser ataupun pembedahan ini juga masih memiliki bentuk badan yang ramping. Menurut Datin Becca juga, kelima-lima anaknya dilahirkan secara ceasar! Wow, kuatnya isteri Dato’ Azam ni masih nampak sihat dan cergas pula tu. Rahsia maintain slim beliau selepas bersalin pun simple je!
Nona sendiri berasa kagum dengan kesungguhan Datin Becca menjaga kesemua anak-anaknya dengan prihatin disamping menguruskan perniagaan tudung miliknya, Anggun Anggerik Shawl Hijab. Memang betul-betul superwoman! Datin Becca juga mahukan anak-anaknya dapat ilmu tambahan dengan menghantar ke kelas bahasa Mandarin. Bertuahnya dapat jadi anak Datin Becca boleh belajar macam-macam perkara.
Tabik respek juga buat suami Datin Becca yang menyediakan pembantu-pembantu rumah untuk memudahkan urusan isteri tersayangnya itu. Itulah tugas seorang suami. Iya lah, anak ramai kalau pembantu tak ada memang tak cukup tangan dan boleh jadi stress jadinya. Datin Becca juga menjelaskan setiap seorang anaknya akan mempunyai seorang bibik atau pembantu bagi menguruskan tugasan harian mereka.
“Ya betul, setiap seorang anak mempunyai seorang bibik kerana anak-anak masih kecil lagi. Kalau anak dah besar nanti, seorang bibik pun cukup”. jelas Datin Becca di ruangan insta story miliknya.
Apa salahnya pun kalau mampu, betul tak? Ada juga orang yang nak tengok-tengok kan anak-anak bila kita sibuk berkerja. Lagipun, anak-anak Datin Becca sangat aktif dan sedang membesar. Lagi-lagi apabila salah seorang anak perempuan Datin Becca menunjukkan minat dalam sukan gimnastik. Bila ada pembantu ni, senang lah Datin Becca nak melayan anak-anak dan fokus kepada mereka. Iya lah, bukan senang nak jaga anak ramai ni, sampai me time untuk diri sendiri pun tak ada. Apa entah lagi, Datin Becca merupakan seorang artis, penampilan mesti selalu kena onnzz!
Biarpun anak-anak mempunyai pelabagai karenah tetapi seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan masa hadapan mereka. Anak-anak juga merupakan sumber kekuatan seseorang itu untuk terus sukses dan berjaya. Anak ramai juga merupakan sumber rezeki semakin meluas.
Datin Becca dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan 5 orang anak Nor Adam Daniel,9, Nor Anggun Raverra,6, Nor Anggerik Renesmee,5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan dan dua orang anak hasil perkahwinan Dato’ Azam yang terdahulu.