Kehidupan Terkini DIAN PELANGI Makin Cantik, Bahagia Sejak Bergelar Isteri & Ibu

Be an inspiration, not an imitation” begitulah ungkapan inspirasi dari pereka fesyen busana Muslimah terkenal dari Indonesia, Dian Pelangi. Satu nama yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan fenomenanya dalam indusrti fesyen Muslimah bertaraf antarabangsa.

Dengan tahap pencapaian sebegitu maka tidak hairanlah figura berusia 30 tahun ini pernah dinobatkan sebagai 30 anak muda paling berpengaruh di dunia. Ketika itu usianya baru mencecah 28 tahun.

Dian Pelangi banyak menginspirasikan golongan wanita terutama yang berhijab. Kejayaannya dalam bidang fesyen bukan hanya mengharumkan nama negaranya sendiri bahkan trendnya menjadi ikutan wanita-wanita berhijab seluruh dunia.

Secara ringkasnya, kerjaya sebagai pereka fesyen bukanlah cita-cita sebenar Dian Pelangi sebaliknya memenuhi hasrat ibu dan bapanya. Pun begitu, dia tidak membantah sebaliknya berusaha untuk bergelar pereka fesyen demi membahagiakan kedua orang tuanya itu. Maka, Dian Pelangi memilih untuk bergelar pereka fesyen busana Muslimah.

Selain di Indonesia, Dian Pelangi turut meluaskan karya seninya dalam rekaan busana Muslim ke peringkat antarabangsa. Dian Pelangi juga sering menonjolkan diri di pentas-pentas fesyen terkenal. Wanita jelita ini bukan saja menjadi inspirasi bagi para Muslimah seluruh dunia bahkan berjaya membuktikan busana Muslimah tetap terserlah cantik dan trendy walaupun menutup aurat.

RESTU & DOA IBU BAPA
Ternyata, perjalanan kariernya menjadi lancar dan sukses berkat doa serta restu ibu bapa yang mahu dirinya bergelar pereka fesyen. Dian Pelangi berjaya menemui bakat dan kebolehannya dalam bidang fesyen. Berani ‘mengasah’ kreativiti dan yang paling penting berani menjadi lain daripada yang lain. Harus ada keunikan dalam identiti tersendiri. Itulah Dian Pelangi.

Dian Pelangi bersama suami tersayang.
Anak perempuan Dian Pelangi, Rumi yang sangat comel dan fotogenik!
Keluarga bahagia.
Ibu dan anak sama-sama cantik.

Selain sukses di usia muda, Dian Pelangi juga aktif dalam aktiviti sosial. Dia menubuhkan komuniti Muslimah muda iaitu Hijaber Community yang aktif berkongsi tip untuk belajar agama Islam serta cara berhijab.

Pasangan bahagia dan romantik.

Ibu kepada seorang anak perempuan bernama Rumi, ini turut terkenal dengan rangkaian jenama Dian Pelangi Fashion iaitu Dian Pelangi Prive, Dian Pelangi Krama, Dian Pelangi Nom dan Dian Pelangi Men. Hebatnya!

Dian Pelangi kini bahagia dalam perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Sandy Nasution. Mereka bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri yang sangat comel.

Kesimpulannya, wanita inspirasi seperti Dian Pelangi ini mempunyai kisah perjuangannya yang tersendiri sebelum temui kejayaan. Kisah yang memberi inspirasi yang positif kepada semua khususnya wanita.

Tidak perlu terkenal dan kaya untuk dianggap sukses dan menginspirasikan. Jadilah diri sendiri, sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Cipta kejayaan dan inspirasi positif versi anda sendiri.

Kredit Foto: Instagram Dian Pelangi

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad