Setiap momen indah yang dicipta dari hanya sahabat sehingga megukir ikatan cinta tersimpul rapi di jiwa dan sanubari Mohd Harris Arifin bin Kamal Ariffin dan isterinya, Dr Athirah Ramli. Pasangan yang telah memilih konsep perkahwinan bertemakan taman tropika ini mendapat sentuhan perancang dekorasi perkahwinan terkenal, Razak Luxe Decor untuk merealisasikan perkahwinan mereka.
Ads
Reputasi Razak Luxe Decor yang pernah diberi penghormatan menggubah untuk parti seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Academy ini tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak hairanlah, ia sering menjadi pilihan kerabat diraja serta selebriti luar negara dan tempatan.
“Konsep majlis akad nikah yang telah kami pilih ialah enchanted forest. Saya memilih konsep ini kerana gemarkan keindahan rimba dengan rimbunan flora dan fauna yang segar dan sejuk mata memandang. Sekali gus memberikan suasana majlis akad nikah yang selesa dek pandangan mata dengan pemandangan nan menghijau,” ujar Dr Athirah.
Pasangan raja sehari sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan penuh elegan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Kali ini, konsep perkahwinan yang menggabungan rona hitam klasik menjadi pilihan mempelai. Sentuhan Razak Ahmad dari Flora ETC masih lagi dikekalkan bagi memberi nuansa rona warna hitam yang gemilang dan pastinya eksklusif.
Ketika diminta mengungkap perjalanan kisah cinta pasangan romantis ini, Athirah berkata sikap tanggungjawab dan keperibadian yang dimiliki Harris antara sebab mengapa lelaki tersebut berjaya menawan hatinya. Tambah Athirah lagi, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka berkawan adalah kesanggupan Harris berkorban untuk dirinya dan membuktikan kesungguhan jejaka tersebut untuk hidup bersama.
Ads
“Bayangkan, pernah satu ketika kami berselisih faham dan Harris sanggup berjalan kaki dari Kampung Baru ke kediaman keluarga saya di Wangsa Melawati semata-mata untuk menyelesaikan masalah. Saya anggap dia serius dalam merencanakan masa hadapan bersama saya. Saya yakin, dia sanggup untuk berada di sisi saya sebagai mahram yang membimbing saya ke gerbang rumah tangga,” cerita Athirah yang nyata terharu dengan sikap yang dimiliki oleh suami tersayang.
Pada resepsi persandingan ini, Harris segak mengenakan sut serba hitam manakala Dr Athirah anggun dengan dres pengantin rona hitam dengan solekan sederhana yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya. Ketika ditanya mengenai destinasi bulan madu, pasangan ini sepakat memilih beberapa negara sekitar Eropah sebagai destinasi pilihan di samping mengeratkan kasih sayang suami isteri. Semoga mahligai cinta yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Ads
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semangat patriotik yang tersemat dalam diri pengasas Eskayvie ini telah mencetuskan hasratnya untuk membantu negara menyumbang Tabung Harapan Malaysia. Demi tanah air tercinta, Eskayvie telah melancarkan kempen Tabung Harapan Malaysia pada 4 Jun 2018 lalu. Istimewanya sumbangan terkumpul berjumlah RM30,000 ini datangnya daripada para pengguna produk Eskayvie yang sayangkan Malaysia dan mengimpikan negara tercinta terus pesat membangun dengan penuh harmoni untuk dinikmati rakyatnya.
Melalui Yayasan Eskayvie pula, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah diadakan dengan menyelami kehidupan anak-anak yatim, warga tua, warga kurang upaya serta fakir miskin. Syarikat hak milik penuh Bumiputera ini bukan sahaja membekalkan produk kesihatan dan kecantikan semenjak 2009, malah telah membantu puluhan ribu pesakit yang menghidapi masalah Diabetes di seluruh dunia.
Sebagai sebuah syarikat yang membawa visi mementingkan pembangunan ekonomi dan kesihatan Ummah, Eskayvie bukan sahaja berjaya menyuntik semangat perpaduan yang utuh terjalin di antara HQ, Stokis dan Agennya. Malah ia memberi satu dimensi baru melalui penglibatan setiap individu melalui program-program ‘Kembalikan Semula Kebaikan’ kepada masyarakat yang memerlukan.
Pada 7 Julai lalu, Eskayvie telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Eskayvie bersempena Hari Raya. Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan disertai oleh Agen serta Stokis selaku nadi utama syarikat. Sambil menikmati hidangan enak cita rasa Melayu, Kelantan dan Siam sebagai hidangan utama majlis ini, tetamu dihiburkan dengan gelagat para peserta yang ‘sporting’ menyertai pertandingan mengikat samping dan pakaian keluarga sedondon.
Eskayvie juga ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua terutama para pengguna produk Eskayvie yang sebenarnya telah memberi impak besar kepada masyarakat yang memerlukan. Andalah sebenarnya Hero Negara kita yang tercinta ini. Semoga Eskayvie terus maju ke hadapan dengan memacu peningkatan ekonomi dan kesihatan sejagat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara Jerman cukup dekat di hati rakyat Malaysia menerusi jenama-jenama seperti Mercedes Benz, BMW, Porsche dan Volkswagen. Selain terkenal sebagai negara penjana ekonomi terbesar di Eropah, Jerman juga menjunjung tinggi adat dan budaya mereka termasuklah sajian tradisi yang masih dikekalkan.
Sempena kedatangan bulan Oktober ini, Cinnamon Coffee House di Hotel One World Petaling Jaya akan dipenuhi dengan sajian Jerman yang mendapat sentuhan penuh dedikasi dari sekumpulan cef hotel berpengalaman.
Mana tidaknya, dalam meraikan The German Food Promotion, Executive Sous Chef, Saiful Baharin membawakan hidangan istimewa Jerman antaranya termasuklah aneka sosej panggang, Lamb Meatball in Capers Sauce and Parsley, Beef Fillet Steak with Buttered Herb and Caramelised Onion, Cheese Crusted Chicken and Shrimp in Tomato Sauce, Paprika Pan-Fried Potatoes with Glazed Onion and Braised Cabbage, Walnut Crusted Salmon and Mango Relish, German Strudel, Mohr Im Hemd, Bavarian Cheese Cake and Peach Streusel.
Promosi hidangan Jerman ini boleh dinikmati pada harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun.
Ia boleh dinikmati di Cinnamon Coffee House dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hujung minggu sepanjang Oktober dari 2 hingga 31 Oktober! Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang, Priya Dharshini Prabakaran merupakan wanita termuda pertama di Astro yang menggalas peranan besar sebagai Ketua Pengarah Radio Astro pada usia 37 tahun....