Keikhlasan seorang wanita warga emas, Chee Hoi Lan, 83 tahun atau mesra digelar Laoshi yang sudi menjaga Rohana Abdullah yang beragama Islam sejak kecil membuatkan dirinya dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.
Kredit Foto: Harian Metro
Biar berbeza budaya dan agama, Laoshi yang juga pesara guru tadika dengan rela hati tanpa berkira serta kasih sayang yang tinggi memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi bagai menatang minyak yang penuh. Laoshi juga sanggup menyediakan wang belanja untuk Rohana mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
“Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.
Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.
Ads
Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.
Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.
“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.
Ads
“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila,” katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim, kelmarin.
Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan ‘anaknya’ itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.
Laoshi terpilih menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kisah pengorbanan Laoshi menjaga Rohana pernah viral suatu ketika dahulu sehingga ramai yang mengagumi tindakan warga emas itu menjaga keperluan Rohana dan memastikan anak angkatnya itu menerima segala yang diperlukan dalam mempelajari agama Islam.
Ads
Sementara itu, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.
Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Prof Datuk Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban.
Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam); Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam) dan pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi).
(Sumber: FB Ipoh Ipoh Ajer Original & Harian Metro)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar dah genap empat tahun usia anakanda kesayangan Che Puan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Cepat betul masa berlalu. Nampaknya YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin kini semakin comel dan bijak!
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Untuk info, CP Sarimah bernikah dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Empat tahun kemudian iaitu pada 19 Julai 2019 lahirlah seorang puteri diberi nama Tunku Sofia Najihah bermaksud kemenangan yang indah dalam Islam.
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Menurut CP Sarimah, nama itu juga turut menggabungkan nama nenda suaminya iaitu ‘Najihah’.
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Basru-baru ini CP Sarimah berkongsi di Instagram peribadinya, ucapan harijadi buat Tunku Sofia.
CP Sarimah memuat naik foto Tunku Sofia yang menyarungkan ballgown berwarna maroon lengkap dengan crown. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Tunku Sofia apabila mengenakan gaun tersebut. Sweet sangat!
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Tulis CP Sarimah di ruangan kapsyen: –
“Happy 4th birthday sayang @tunkusofianajihah.. Alhamdulilah… to the loveliest smartest kindest little one in our world..
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
“Mummy and daddy deeply love you our munchkin sayang.. may you have health and happiness and contentment always. Amin,” kongsi CP Sarimah yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010.
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Dalam hantarannya yang kedua, CP Sarimah sekali lagi menitipkan kata-kata ringkas buat Tunku Sofia.
“Our little princess. Happy birthday sayang.”
Kredit Foto: Instagram CP Sarimah Ibrahim.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat serta pengikut CP Saruimah menitipkan ucapan dan harapan buat Tunku Sofia.
Semoga Tunku Sofia membesar sebagai anak yang solehah, bijak dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Label instant turban yang menggunakan namanya sendiri kini semakin dikenali serta mendapat sambutan yang sangat baik khususnya di kalangan wanita berkerjaya mahupun VVIP. Pengasas jenama Ilham Echenta yang selesa disapa sebagai Echenta ini berjaya membuktikan wanita bergelar isteri dan ibu juga mampu berjaya dalam perniagaan.
“Saya mendapat idea untuk mewujudkam Ilham Echenta sekitar tahun 2011. Kebetulan waktu itu saya juga buat bisnes korset kecantikan. Disebabkan saya sering menggayakan turban sebagai pemakaian harian maka dari situlah datangnya idea untuk menghasilkan turban mengikut cita rasa sendiri.
Saya mula berniaga dari rumah. Saya bermula dengan modal yang sangat kecil dan tidak mempunyai pembantu untuk menguruskan perniagaan. Semuanya dilakukan sendiri. Masa tu lah hendak jaga anak, buat bisnes dan sebagainya.
Suami juga telah berhenti daripada bisnes fotografinya dan kini hanya fokus kepada Ilham Echenta. Beliau menjaga bahagian pengurusan, staf dan kerja-kerja produksi di butik. Manakala saya pula lebih kepada rekaan.
Masa awal-awal dulu saya hanya keluarkan satu design sahaja dalam kuantiti 50 helai. Itu pun sudah banyak bagi tempahan pre order. Yang menjahitnya kakak saya. Tetapi disebabkan kakak pun bekerja maka saya tak boleh nak harapkan dia seorang. Saya turut menjahitnya untuk selesaikan semua tempahan pre order.
Di samping itu, saya juga sering berkongsi ootd yang digayakan bersama turban Ilham Echenta di Instagram peribadi. Ini sebahagian daripada tugas saya, perlu memperagakan dan mempromosikan jenama sendiri. Tapi di luar waktu kerja saya seorang yang sangat ringkas,” kongsi ibu kepada 3 cahayamata ini yang berusia 34 tahun.
NASIHAT BUAT WANITA
“Buat wanita di luar sana beranilah untuk berdikari jika ingin bergelar usahawan berjaya. Saya dulu bertahun-tahun mempromosi turban sendiri. Ketika awal-awal berniaga tidaklah semudah yang disangka. Ada yang tak nak pakai turban saya tapi saya tak mudah putus asa.
Suami selalu pesan kalau bukan saya yang pakai siapa lagi yang nak pakai. Kalau saya segan nak pakai, tiada siapa yang akan beli. Saya positif dan mendengar apa yang suami kata.
Lagi satu, dalam berniaga kalau hendak meniru atau ciplak rekaan orang lain teruskanlah. Tetapi ingat, strategi perniagaan itu berbeza. Hanya individu itu sahaja tahu bagaimana cara dia hendak berniaga,” akhiri Echenta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pandai Anzalna Nasir simpan rahsia. Rupa-rupanya dalam diam, isteri Hanif Zaki ini sudah hamil empat bulan! Alhamdulillah, hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri.. akhirnya impian untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan.
Berkongsi momen indah bersama keluarga tercinta sempena ulang tahun kelahirannya semalam, 9 Januari.. Anzalna dan suami membuat kejutan istimewa dengan meletakkan foto imbasan kandungan sebagai hadiah kepada setiap ahli keluarga mereka.
Kongsinya, “On this special day, on my birthday I would like to share with all of you that Hanif and I are expecting our first baby. Syukur alhamdulillah.
Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsiaNya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.”
Sehingga kini, video pendek yang dikongsikan Anzalna di dalam media sosial miliknya mendapat ratusan ribu tontonan. Mesti ramai peminat pun tumpang gembira ternanti-nantikan kelahiran bayi comel pasangan romantis ini.
Tahniah buat Anzalna dan suami. Moga Anzalna diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dikurniakan cahaya mata yang sihat.
Anzalna dan Mohamad Hanif sah bergelar suami isteri pada tanggal 21 Februari 2016 setelah 10 tahun mengenali di antara satu sama lain.
Kredit: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.