Sebut saja kurma, dah terbayang kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba Mei ini. Oh, alangkah seronoknya berbuka dengan kurma atau buah tamar, lebih-lebih lagi kurma asli yang terbaik dari Madinah.
Menurut Dr. Abdurahim Al-Abbasi, seorang pemilik ladang kurma di Madinah serta berdekatan dengan Bukit Uhud, kurma Madinah mempunyai banyak keistimewaan kerana dikatakan yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur serta rasanya berbeza daripada kurma-kurma dari tempat lain.
Kurma Ajwa dan Barni (Mabrum dan Mashruk) pernah disebut di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun. Dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash, baginda pernah bersabda:
“Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.
Sebaik-baik kurma kamu adalah al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit. (Perawi Abu Na’eem in Al- Tibb)
Kurma mempunyai nutrisi yang baik, terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan istimewa buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.
Bagi penduduk Madinah, tamar (kurma yang kering) merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis.
Kurma merangkumi jenis makanan yang bukan sekadar buah malahan juga sebagai penawar, lantas menjadikan ia sesuai dimakan oleh semua.
PASARAN MALAYSIA
Tahukah anda, terdapat sesetengah kurma yang diperap dalam air gula sebelum dipasarkan kepada pengguna? Ya, tanpa disedari ini bukan saja menjejaskan kesihatan malah merosakkan persepsi kurma itu sendiri sebagai makanan sunnah yang berkhasiat.
Eksklusif sempena Ramadan ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati kurma asli Madinah berjenama Al-Abbasi Munif Hijjaz yang dipek indah dan tidak diperap dalam gula seperti kebanyakan kurma di pasaran.
Dalam acara pelancarannya minggu lalu, sebanyak 5 jenis kurma Al-Abbasi Munif Hijjaz diperkenalkan iaitu Ajwa Organik (Kurma Nabi), Safawi Premium, Helwa, Mabrum dan Mashruk.
Jenama ini akan berada di pasaran pada 5 April kelak. Namun boleh ditempah melalui sekarang melalui agen-agen berdaftar MHM di munifhijjaz.com atau dibeli secara terus melalui pengedar-pengedar yang tersenarai di al-abbasidates.com.
This website uses cookies.