Masjid adalah sebuah tempat yang suci menghimpunkan umat Islam untuk melakukan ibadah solat secara berjemaah. Masjid yang telah didirikan semasa zaman kedatangan Islam mencipta sejarah yang tersendiri.
Masjid Al Ahmar ini difahamkan telah dibina di Palastine pada abad ke-13. Namun pada tahun 1948 tempat ibadah ini telah diceroboh oleh pelampau Yahudi. Sejak daripada itu rumah Allah ini sudah tidak dijadikan tempat untuk mendirikan solat oleh penduduk setempat.
Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.
Bangunan masjid ini pada mulanya telah dijadikan sebagai sebuah sekolah Yahudi dan bertukar menjadi Pusat Kempen Pilihan Raya Partik Likud. Masjid ini sekali lagi bertukar fungsinya menjadi kedai pakaian sebelum ditukar menjadi kelab malam.
“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.
“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.
Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.
Menurut Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, penduduk Palestine kini sedang menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.
Bagi mendapatkan semula hak ini Tabari telah menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.
Dalam pada itu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi dengan membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa beberapara tahun lalu. Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama yang diperintahkan kepada umat Islam sebelum berpindah ke Masjidil Haram.
Sumber: Sinar Harian
This website uses cookies.