Kejamnya Mu Ibu! Sanggup LACURKAN Darah Daging Sendiri Semata-Mata Demi WANG RINGGIT!

Astaghfirullah Al Azim, mengucap panjang bila terbaca berita tentang kes ini.

Ibu, insan yang sepatutnya membelai manja dan melindungi anak-anak tergamak membiarkan dua anak gadisnya dinodai lelaki asing. Lebih menyedihkan, kanak-kanak perempuan yang baru berusia 10 dan 13 tahun itu dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh sambil dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh tertuduh sendiri.

Difahamkan selepas selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, ibu berhati batu tersebut menerima bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kanak-kanak dan ada kalanya hanya menerima bayaran serendah RM1,RM5, RM10 dan RM20. Aduh, begitu murahnya maruah dan harga diri kanak-kanak perempuan ini di mata ibu mereka!

Rentetan aktiviti pelacuran yang dirancang ibu tunggal itu sendiri, dia dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bharu setelah mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya kanak-kanak terbabit bulan lepas.

Atas semua kesalahan itu, tertuduh yang juga mempunyai dua orang anak lagi berusia empat dan lima tahun didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (b) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50, 000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dihukum sebat tidak kurang dua sebatan.

Ke manakah hilang rasa kasih sayang terhadap anak-anak apabila kes melibatkan pelacuran dan sumbang mahram yang dilakukan ibu bapa semakin meningkat? Adakah masyarakat hari ini semakin sakit dan hilang pertimbangan? Moga apa yang terjadi hari ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Usah musnahkan masa depan mereka yang tidak berdosa!

Sumber: Bernama

Share
Published by
Suzi