Pada bulan Oktober tahun lalu Dato’ Rizalman telah merasmikan Yayasan RI dan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari. Dengan niat berkongsi pahala bersama orang ramai, Ahli Lembaga Pengarah UiTM ini telah menyediakan platform ini untuk mempraktikkan amalan sedekah. Dalam masa yang sama penubuhan yayasan ini membantu golongan yang memerlukan.
Baru-baru ini menerusi Yayasan RI, Dato’ Rizalman telah menyentuh hati ramai orang dengan mengunjungi sebuah keluarga susah. Menerusi lontaran entrinya di laman Instagram, Dato’ Rizalman telah berbesar hati untuk mengambil keluarga tersebut sebagai keluarga angkat dan menampung keperluan hidup keluarga tersebut.
View this post on Instagram
Murni sungguh hati Dato’ Rizalman. Semoga apa yang dilakukan oleh pereka fesyen yang kini beralih ke dunia yang lebih bersifat Islamik ini dapat menyuntik inspirasi kepada orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan.
Ketika majlis perasmian Yayasan RI yang dilakukan secara virtual di laman Instagram, Dato’ Rizalman turut menjelaskan secara terperinci mengapa Yayasan RI ditubuhkan.
“Matlamat utama penubuhan Yayasan RI adalah untuk membentuk, mendidik,mendorong, memupuk dan memperkasakan idealogi masyarakat islam moden dengan menyediakan landasan untuk menyebarkan kemuliaan ilmu dan pengetahuan al-Quran kepada umum,” katanya.
Dato’ Rizalman juga telah berbesar hati mengumumkan bahawa hasil daripada pembelian produk keluaran beliau turut disalurkan ke Yayasan RI.
“Saya juga mahu pembelian anda terhadap jualan kami turut mendapat manfaat serta pahala berpanjangan. Selain saya, Faizul dan anak-anak mendapat pahala berpanjangan, anda semua juga mendapat pahalanya sampai bila-bila,” katanya.