Hebatnya gadis ni! Pada usia 25 tahun, dah mampu miliki shop lot sendiri. Bukan sebarangan aset pula tu sebab nilai shop lot Nur Aliah Mohd Nor mencecah RM1 juta. Satu ‘harta’ yang sangat luar biasa dicapai bagi usahawan muda seusianya.
Mempunyai pengikut dan networking yang ramai di laman media sosial, Lia mengakui kejayaan yang dikecapi hari ini tak datang bergolek. Sebaliknya, dia juga pernah alami detik sukar apabila pernah kehilangan RM100 ribu. Tapi dari situ jugalah dia belajar erti perniagaan dan kehidupan sebenar.
Sebagai memberi suntikan semangat kepada anak muda, Lia tak lokek berkongsi ilmu. Malah, dia menitipkan 15 tip berjaya yang diamalkannya selama ini untuk perniagaan dan juga pembelian aset peribadi seperti rumah.
15 TIP BERJAYA USAHAWAN DE’XANDRA
1. Walaupun Lia buat dropship dengan produk orang, Lia tetap akan daftar perniagaan sendiri kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda mesti selalu tengok Lia branding
kan Chettaki Omey, itulah nama perniagaan Lia yang dah didaftarkan.2. Lepas daftar dengan SSM, bukalah 1 akaun semasa untuk perniagaan anda tu. Apa yang Lia buat, semua urusan bisnes, Lia akan pakai akaun semasa tu. Wajib ada akaun semasa. Bahaya pakai akaun simpanan peribadi untuk bisnes sebab boleh kena block dengan bank.
3. Sentiasa biasakan diri untuk simpan duit hasil perniagaan anda tu dalam bank, walaupun RM100. Sebabnya, bank nak tengok ada transaksi duit keluar masuk. Takdalah sunyi sepi saja akaun tu kan.
4. Apa sahaja duit yang anda dapat secara tunai dari pelanggan, pastikan buat rekod dengan baik walaupun RM1. Lia akan kumpulkan 1 minggu kemudian bank in kan duit tersebut. Bank akan pandang duit tu sebagai income.
5. Sebelum nak beli shop lot, Lia fikir semasak-masaknya. Nak beli atau nak sewa saja. Kena bandingkan daripada segala aspek. Cari keyakinan, tanya orang berpengalaman, sampailah dapat buat pilihan yang tetap.
5. Pastikan simpanan anda cukup strong ya. Apa yang Lia rasa sendiri, bila simpanan Lia strong
rasa yakin tu akan datang sendiri. Kena mulakan dengan simpanan. Semak betul-betul aliran tunai setiap bulan.6. Anda boleh buat simpanan kat macam-macam medium simpanan dan pelaburan. Contohnya boleh simpan kat ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.
7. Cari seorang ejen hartanah yang boleh dipercayai dan boleh diharap untuk bantu anda dapatkan ‘lokasi’ yang terbaik untuk shop lot anda.
8. Pastikan shop lot yang nak dibeli itu berdekatan dengan rumah, sebaiknya perjalanan dari rumah ke shop lot tak sampai 5 – 10 minit. Iyalah, kita nak berulang-alik setiap hari kan.
9. Cari 3 lokasi yang berhampiran, survey tempat dan harga untuk dibeli tu. Tip kalau nak beli office, cari yang dah siap renovate.
10. Tanamkan azam setiap tahun paling kurang nak ada 1 hartanah untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Sebab hartanah ni untuk long term investment. Lagi satu, hartanah juga boleh diwariskan tau.
11. Lia bersyukur sangat. Masa kat Universiti dulu, Lia pernah tulis nak ada shop lot sendiri sebelum umur 25 tahun. Sekarang dah jadi realiti.
12. Lia siap buat satu ‘visualization board’ apa impian yang Lia nak capai. Tak lupa juga, Lia akan berdoa betul-betul untuk nak capai impian tersebut.
13. Lia yakin dan percaya, selepas ini lebih ramai anak-anak muda di luar sana akan memiliki shop lot sendiri hasil usaha perniagaan mereka.
14. Akhir kata dari Lia, Lia nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Lia. Doakan bisnes Lia terus maju ke hadapan, dan doakan agar Lia dapat beli rumah pula sebelum umur 28 tahun.
15. Semoga kita semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda ni ya! Lepas ni Lia akan kongsikan pula macam mana graduan bergaji rendah boleh beli rumah muda-muda.
Terinspirasi sangat tengok kejayaan gadis cantik ini. Berkat usaha, bakat, dan usia yang masih muda, Lia mampu memiliki De’Xandra Outlet Wangsa Maju Kuala Lumpur.
This website uses cookies.