
Wah, bukan calang-calang hadiah! Untung Dini Schatzmann dikurniakan seorang isteri yang bukan hanya popular dan kaya. Tetapi juga penyayang dan sentiasa berusaha membahagiakan pasangan. Terbaharu, kejutan istimewa Janna Nick terhadap Dini menjadi bualan dan viral di media sosial.
Apa tidaknya, hadiah yang diberikan pelantun lagu Gatal tersebut mencecah lebih RM900 ribu!
Dini Schatzmann Terima Kereta Idaman Cecah Harga Lebih RM900 Ribu!
Rancangan Janna nyata menjadi apabila pelakon lelaki kacak berkenaan tidak dapat ‘menghidu’ pemberian isteri kesayangan. Sangka Dini, Janna mengajaknya untuk keluar dating tapi rupa-rupanya dihadiahkan pula kereta idaman.
Tampil mengenakan persalinan sedondon warna hitam, Dini sama sekali tidak menyangka menerima pemberian mewah itu memandangkan Janna pernah menyatakan rasa kurang setuju apabila Dini mahu membeli kenderaan yang diidam-idamkan selama ini.
Memuat naik momen istimewa itu, ujar Janna, “Dini just got a new car.”
View this post on Instagram
Sementara itu, selebriti berusia 31 tahun berkenaan meluahkan rasa terkejut dan syukur.
“Alhamdulillah. Finally, dibuka hati dia untuk allow me to get my dream car!
But all jokes aside I’m forever grateful for you. Always making me happy and always making me proud. I love you so much.”
Suami Janna Nick, Dini Schatzmann Luah Rasa Syukur!
Sejurus kisah ini viral, rata-rata warga maya cuba selidik harga kereta jenama Land Rover Defender berkenaan. Apa yang mengejutkan ialah kereta jenama dari England itu mencecah harga hampir RM1 juta di pasaran Malaysia bergantung kepada spesifikasi tertentu.
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sah bergelar isteri Muhamad Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun 2023.
Artikel https://www.nona.my/jelita-usia-49-tuah-wajah-baby-face-awet-mudanya-ibu-janna-nick/
Moga rumah tangga pasangan romantis ini sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT dan kekal bahagia sampai syurga.