KEKACANG, Tingkatkan Kadar Metabolisme Tubuh dan Otak. Lebih enak dijadikan sebagai Manisan!

Hidangan manisan seperti kek sememangnya sering menjadi pilihan untuk mengakhiri hidangan utama. Bertambah enak jika gabungan aneka kekacang menjadi pelengkap manisan bersama tersayang. Kepelbagaian khasiat kekacang menjadikan hidangan ini lebih enak dan menambat selera.

Kekacang dan legum diambil sebagai sumber protein menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

  1. CHOCOLATE LARVA ALMOND

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur

3 biji kunign telur

110gm gula aising

60gm tepung gandum

60gm serbuk badam

110gm mentega

170gm coklat gelap

CARA MEMBUAT:

Pukul telur, kuning telur bersama gula aising sehingga ia menjadi kembang. Masukkan pula tepung gandum diikuti serbuk badam. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati. Cairkan coklat gelap dan masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan dan pastikan ia diadun sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan yang sesuai dan bakar pada suhu 190C selama 15 minit. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan bersama sos coklat.

  1. GRANOLA PARCEL

BAHAN-BAHAN:

19gm oatmeal

90gm kelapa kering

200gm kacang badam

90 gm cip coklat

30gm ceri merah

60gm gula perang

160gm madu

10gm serbuk kayu manis

CARA MEMBUAT:

Campurkan kesemua bahan kecuali cip coklat. Gaulkan sehingga adunan menjadi sebati. Ratakan di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 10 minit. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan cip coklat dan gaulkan sehingga sebati.Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit pada suhu 170C.Keluarkan dari ketuhar dan potong ketika ia masih panas supaya ia tidak pecah. Setelah sejuk, rendamkan ke dalam coklat gelap yang telah dicairkan dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

3.HAZELNUT DOME MOUSSE CAKE

BAHAN UNTUK HAZELNUT SPONGE KEK:

9 biji telur ayam

500gm tepung campuran kek

80gm air

80gm minyak

BAHAN UNTUK HAZELNUT MOUSSE CREAM

4 biji telur ayam

70gm gula kastor

200gm krim putar

20gm serbuk gelatin

150gm jam perisa hazelnut

CARA MEMBUAT

Untuk menyediakan kek span kacang hazel, pukul telur bersama campuran tepung kek bersama air. Pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak dan kacau sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan  dan bakar selama 15 minit pada suhu 180C. Setelah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika.Untuk menyediakan Hazelnut Mousse Cream pula, pukul krim putar sehingga naik dan asingkan seketika. Pukul telur dan gula sehingga kembang.Kemudian masukkan krim yang telah dipukul terlebih dahulu dan kacau sehingga sebati. Masukkan jam perisa kacang hazel yang telah dicairkan ke dalam adunan dan kacau sebati. Masukkan serbuk gelatin yang telah dicairkan. Potong ia mengikut acuan dan lapiskan bersama kek span hazel. Simpan di dalam peti sejuk sehingga keras sebelum dihidangkan.

 

4.PINE NUT  PIE

BAHAN UNTUK DOH:

200gm mentega

100gm gula kastor

1 biji telur

330gm tepung gandum

10gm susu tepung

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:

3 biji telur

75gm gula

125gm madu

45gm mentega(dicairkan)

75gm  krim putar

200gm kacang pine

CARA  MEMBUAT:

Untuk bahan A, gaulkan mentega bersama gula kastor sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga sebati. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam acuan pai pilihan anda. Untuk menyediakan bahan B pula, pecahkan telur ke dalam bekas dan masukkan gula, madu dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula krim dan gaulkan sehingga sebati.Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan. Masukkan pula kacang pine ke dalam aduan dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.

  1. WALNUT CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN A:

425gm kacang walnut(dicincang)

75gm mentega

75gm gula

BAHAN-BAHAN UNTUK KEK KEJU:

800gm krim keju

100gm gula kastor

70gm sirap maple

50gm kacang walnut

3 biji telur

CARA MEMBUAT:

Gaulkan kesemua bahan A dan masukkan ke dalam bekas pembakar kek dan ratakan. Bakar selama 15 minit pada suhu 180C.Kemudian pukul krim keju bersama gula sehingga sebati dan masukkan telur sebiji demi sebiji.Masukkan pula kacang walnut dan sirap maple ke dalam adunan kek dan kacau sebati. Setelah siap, masukkan adunan keju ke dalam acuan kek di atas bahan A dan bakar selama lebih kurang 50 minit pada suhu 160C.

6.BISKUT  KACANG PISTACHIO

BAHAN-BAHAN:

125gm mentega

125gm gula kastor

3 biji telur

300gm tepung gandum

5gm baking powder

5gm garam

130gm kacang pistachio

1 sudu kecil kacang pistacio

1 sudu kecil esen vanilla

 

BAHAN UNTUK SOS KARAMEL:


200gm gula 150gm mentega

250ml krim

 

CARA MEMBUAT:

Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam.Gaulkan sehingga sebati. Bentukkan doh dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk seketika. Untuk menyediakan sos karamel pula, panaskan periuk kemudian masukkan gula  dan kacau sehingga ia kekuningan. Masukkan mentega dan kacau seketika. Kemudian masukkan krim dan kacau sehingga pekat didalam api yang perlahan.

RESIPI DISEDIAKAN OLEH: MOHD SHAFIK ABDULLAH (PASTRY CHEF) & AZRAM RIZAL (EXECUTIVE CHEF) HOTEL HOLIDAY VILLA SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN

Share
Published by
Rosmah Idayu