Kekal Awet Muda Dengan BAWANG PUTIH, Ini Rahsianya!
Julai 13, 2018
Tahukah anda bahawa bawang putih sebenarnya sudah pun dikenali sejak 4000 tahun dahulu lagi. Di dalam sebuah lembaran menyatakan bahawa orang Mesir percaya bawang putih mempunyai sekurang-kurangnya 22 khasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Maka sebab itulah kebanyakan masyarakat Mesir pada zaman dahulu menggunakan bawang putih sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit di samping untuk meningkatkan stamina tubuh.
Seiring dengan perubahan zaman, kini terdapat semakin banyak kajian yang telah dilakukan terhadap khasiat bawang putih untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa khasiat bawang putih yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit.
Menurunkan risiko serangan jantungAsid amino alisin yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu untuk mencegah akumulasi plak pada dinding arteri yang boleh mengakibatkan masalah seperti penyumbatan serta strok atau serangan jantung.
Menghalang sel kanserKajian yang telah dilakukan oleh Dr. Robert dan Dr. Paresh Dandona dari Universiti New York serta Prof. Dr. Fillmore Freeman dari Universiti California menunjukkan bahawa ekstrak daripada bawang putih dapat membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser di mana ia mencegah terbentuknya nitrosamin yang menjadi punca berlakunya kanser (karsinogenik) serta mengaktifkan sel-sel yang menghasilkan enzim pengawal pembiakan sel kanser.
Melambatkan proses penuaanKetika usia menginjak ke angka 40 tahun, kebiasaannya kaum wanita mulai merasa resah apabila memikirkan tentang kedutan-kedutan halus yang terdapat pada wajah serta tubuh. Tahukah anda bahawa bawang putih juga dipercayai terbukti dapat membantu memperlahankan pembentukan kedutan-kedutan halus seterusnya memperlambatkan proses penuaan. Apatah lagi, ekstrak daripada bawang putih yang dikombinasikan dengan vitamin E dapat membantu mencegah rambut gugur serta menjaga kesihatan mata.
Mengawal kadar kolesterol dan anti penggumpalan darahKolesterol merupakan faktor utama kepada masalah penyempitan pembuluh darah. Bawang putih mengandungi zat ajoene yang bersifat antikolesterol serta dapat membantu mencegah penggumpalan darah.
Mengatasi masalah ereksiHasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar andrologi dari luar negara menyatakan bahawa bawang putih yang mempunyai fungsi afrodisiaka iaitu zat pembangkit ghairah seks disebabkan oleh sifatnya yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. Secara tidak langsung ia juga dapat memperbaiki kelenturan pembuluh darah seterusnya berlaku proses pemulihan lenturan pembuluh darah fungsi vaskuler baik di otak, jantung serta organ genital lelaki.