Lagi dua minggu program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal melabuhkan tirainya. Pasti ramai yang merindukan juri tetap yang kekal cantik & bertenaga ini.
Aksi lucu dan komen bernas daripada Hetty Koes Endang yang mesra disapa dengan panggilan Bonda sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya. Selain itu, penghibur legenda Indonesia ini sering ‘belanja’ lagu-lagu popularnya dalam program yang dihoskan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse ini.
Hetty Koes Endang turut bergandingan dengan dua orang juri tetap mengadili peserta selama 10 minggu program berlangsung iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
Melihat telatah ibu kepada empat orang anak ini mungkin sikap positif dan kasih sayang serta restu daripada suami tercinta yang membuatkan Hetty Koes Endang kekal cantik & bertenaga.
“Harus selalu happy dan optimis langkahkan kaki mu terus ke depan dengan yakin, jangan selalu menoleh ke belakang,” tulis Hetty Koes Endang dalam laman media sosial milik peribadinya.
Wanita yang suka ketawa ini juga beruntung kerana suaminya Dr. Yusuf Erwin Faisal sering menemani di saat terikat dengan tanggungjawab kariernya. 30 tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sesungguhnya kelihatan benar-benar romantis.
“Assalamualaikum. Salam sihat, salam bahagia, salam sejahtera untuk semua sahabat bunda. Allhamdulillah papa selalu mendampingi bunda di saat bunda di back stage maupun saat bertugas menjadi Juri. Doakan bunda dan papa sihat-sihat ya,” tulisnya.
Selama menetap di Kuala Lumpur untuk program Gegar Vaganza sudah tentu Hetty Koes Endang merindui cucu sulungnya. Ia boleh dilihat apabila nenek kepada Arlo Astrodistira Arsanda ini kerap memuat turun gambar cucu kesayangan di ruang media sosialnya.
Anak perempuan Hetty Koes Endang, Afifah Qomariah Yusuf telah selamat melahirkan anak lelaki pada 11 Ogos 2021 dengan berat 3.11 kilogram.
Afifah dan suaminya, Faldo Arsanda berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz. Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini telah bertunang sekitar bulan Jun 2020.
This website uses cookies.