Biarpun usianya sudah mencecah 55 tahun, namun figura ini masih kelihatan sihat, muda dan anggun. Tidak dimakan usia, ramai yang menjadikannya sebagai sebuah inpirasi dalam aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan.

Ads

Kekal Cantik Dan Bertenaga Di Usia 55 Tahun, TIARA JACQUELINA ‘Pantang’ Nasi Untuk Sihat

Nama Datin Sri Tiara Jacquelina tidak perlu diperkenalkan dengan pengenalan yang panjang. Setiap lakonan mahupun sentuhan karya seninya seringkali mendapat tempat di hati masyarakat. Wanita ini yang juga popular dengan lakonannya sebagai Puteri Gunung Ledang berkongsi rahsia cantiknya agar dapat dijadikan rujukan kepada seluruh kaum wanita di luar sana.

Berbicara soal penjagaan aspek kecantikan, Tiara memastikan waktu tidurnya sentiasa cukup untuk memberi kesegaran pada wajah dan tubuh badan. 

Kualiti tidur kita amat penting kerana ia merupakan salah satu kunci untuk menjadikan badan sihat. Tidur selama tujuh jam pun sudah memadai.

Kekal Cantik Dan Bertenaga Di Usia 55 Tahun, TIARA JACQUELINA ‘Pantang’ Nasi Untuk Sihat

Melihat dari perkongsiannya di laman Instagram, ternyata wanita ini masih bertenaga, lincah menguruskan hal kerjanya. Memiliki jadual yang padat, Tiara menyatakan bahawa dia akan memastikan kehidupannya sentiasa sibuk dan itulah peluangnya untuk kekal aktif dan cergas.

“Ramai juga yang bertanyakan rahsia kekal bertenaga biarpun sudah lanjut usia. Sebenarnya, semuanya bermula dari corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan. Saya peka dengan kehendak tubuh badan saya,” tambahnya.

Kekal Cantik Dan Bertenaga Di Usia 55 Tahun, TIARA JACQUELINA ‘Pantang’ Nasi Untuk Sihat

Mengenai aspek pemakanan, isteri tercinta kepada Tan Seri Mohd Effendi Norwawi ini mengamalkan kubis bunga sebagai gantian kepada nasi.

Ads

Saya mula mengubah corak pemakanan sejak umur 40 tahun. Oleh kerana itu, saya menukar nasi biasa kepada nasi kubis bunga. Lebih sihat dan mengenyangkan. Saya juga seringkali menjadikan pesanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai nasihat penting iaitu jangan makan sehingga rasa kenyang, dan makan ketika perut tidak kosong.

Kekal Cantik Dan Bertenaga Di Usia 55 Tahun, TIARA JACQUELINA ‘Pantang’ Nasi Untuk Sihat

Malah, Tiara juga sering mengamalkan minum jus buah-buahan yang dihasilkannya sendiri. 

Bagi Tiara, definisi cantik itu agak luas untuk diterokai. Namun, semuanya datang dari diri sendiri. Cantik dalaman mahupun luaran bergantung kepada cara penjagaan tubuh badan. 

Ads

“Jujurnya, bagi saya, cantik dalaman lebih penting kerana ia menyerlahkan lagi cantik luaran. Namun, lain orang lain pendapat. Apa yang penting, sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan,” ujarnya.

Sumber: Rapi

Sumber gambar: Instagram Datin Sri Tiara Jacquelina

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI