Memang tertawan dengan kecantikan yang dimiliki atlet kelahiran Kazakhstan ini. Bersandarkan rupa paras jelita, susuk tubuh tinggi lampai dan pesonanya membuatkan ramai yang tidak jemu memandang Sabina Altynbekova.
Oktober tahun lalu, bintang bola tampar pujaan ramai ini selamat melahirkan cahaya mata sulung. Namun Sabina dan suami cukup menjaga privasi mereka dengan tidak mendedahkan wajah anak kepada umum.
Ads
5 Oktober 2021, Sabina mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar bayi yang merupakan anak sulungnya.
Kongsi jelitawan ini, “5.10.2021 I’ve never waited for any man as much as you, my son. Welcome to the family full of love and care.”
Sepanjang kehamilan juga Sabina jarang berkongsi gambarnya ketika berbadan dua. Paling mencuri perhatian ialah biarpun baru beberapa bulan bersalin, Sabina berjaya mengekalkan tubuh langsingnya.
Ini dibuktikan dalam salah satu posting yang memaparkan dia bersama suami keluar beriadah di samping anak mereka.
Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun.
Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.
Namun, segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.
Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 25 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.
Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar.
Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.
Ads
Sabina mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020. Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.
Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, Sabina berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.
Sabina juga melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.
Kredit foto: Instagram Sabina Altynbekova & Sayat Salman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan milik Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’. Beliau yang merupakan puteri bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu ini kian menarik perhatian khalayak dengan aura dan pesonanya.
YAM Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin menyambut ulang tahun keputeraan ke-21 pada 19 April lepas.
Ke mana saja pergi, penampilan anakanda KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah ini pasti menjadi tumpuan lensa kamera.
Beliau menjadi bualan warga maya selepas video memaparkan dirinya ketika menghadiri Islamic Fashion Festival pada 20 November lalu.
Beliau kelihatan cukup anggun berbusana tradisi indah rona merah jambu dan sentiasa mengukir senyuman manis.
Sekaligus terserlah sisi penuh kelembutan dan sesiapa saja yang memandang pasti tertawan dengan pesona puteri diraja Terengganu Darul Iman berkenaan.
YAM Tengku Puteri Daulath Raja memiliki tiga orang kekanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
16 Ogos lalu, beliau bersama YAM Tengku Puteri Utama Raja yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) berkenan melawat bengkel songket dan bengkel batik di Penjara Marang.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 bersamaan 19 Zulkaedah 1440 Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan ayahandanya, KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab tutursusila.
Dari Zaman ‘Freehair’ Bella Dally Bukan Jenis Gadis ‘Nakal’ Dan Liar
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau orang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan NONA untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Kesibukan bekerja membuatkan kebanyakan wanita terpaksa melepaskan masa untuk memanjakan diri di pusat-pusat kecantikan. Momen menikmati urutan menenangkan, rawatan membersih dan menganjalkan kulit muka serta belaian rambut yang mengasyikkan kini hanya sekadar angan-angan dek kekangan masa yang ada.
Usah bersedih hati dan teruskan usaha menjaga kecantikan serta kesihatan tubuh badan dengan melakukan perkara yang biasa dilakukan di pusat kecantikan hanya dari rumah! Bahkan, boleh saja lakukan rawatan ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Berikut, kami kongsikan cara mudah yang boleh dipraktikkan di rumah untuk memanjakan diri anda.
Rawatan : Manicure
Apa yang diperlukan:
Satu mangkuk saiz sederhana
Kerusi dan meja
Bebola kapas
Cuticle stick dan krim
Pengetip kuku
Nail file
Tuala kertas
Sabun
Air suam
Info lain:
Ada juga yang suka menggunakan petrua tradisional untuk mendapatkan rias kuku yang cantik seperti merendam jari ke dalam campuran air dan limau nipis.
Rawatan: Pedicure
Apa yang diperlukan:
Satu mangkuk besar atau besen (lebih mudah jika terdapat tab mandi)
Tisu dan bebola kapas
Losyen pengelupasan
Losyen kaki
Pengetip kuku
Nail file
Sabun
Stoking
Tuala
Air suam
Info lain:
Hampas dari limau nipis boleh digunakan untuk menggosok tumit kaki yang merekah. Selepas digosok, gunakan losyen untuk melembutkan kulit kaki anda.
Rawatan : Wajah
Apa yang diperlukan:
Penanggal solekan
Pembersih wajah
Air panas
Mangkuk
Tuala
Bebola kapas
Penyegar wajah
Facial mask
Krim pelembap
Apa yang perlu dilakukan?
Langkah 1: Tanggalkan solekan
Langkah 2: gunakan pembersih wajah
Langkah 3: Masukkan air mendidih di dalam mangkuk dan wapkan wajah anda. Biarkan selama lima minit.
Langkah 4: Gunakan kapas dan penyegar untuk menanggalkan kotoran pada pori yang terbuka.
Langkah 6: Lekapkan facial mask
Langkah 7: Bersihkan wajah dengan sekata dan sapu krim pelembap.
Rawatan: Meditasi dan aromaterapi
Apa yang diperlukan:
Ruang di sudut
Cakera padat atau kaset yang mempunyai lagu-lagu ketenangan
Kusyen
Caranya:
Rehatkan minda dan tubuh untuk seketika. Biarkan anda dan teman menikmati saat yang seketika ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...