Kekal ‘Gorgeous’ Dah Jadi Ibu, Atlet Jelita Ini Aktif Bola Tampar Walau Dikritik Terlalu Cantik Untuk Sukan

Memang tertawan dengan kecantikan yang dimiliki atlet kelahiran Kazakhstan ini. Bersandarkan rupa paras jelita, susuk tubuh tinggi lampai dan pesonanya membuatkan ramai yang tidak jemu memandang Sabina Altynbekova.

Oktober tahun lalu, bintang bola tampar pujaan ramai ini selamat melahirkan cahaya mata sulung. Namun Sabina dan suami cukup menjaga privasi mereka dengan tidak mendedahkan wajah anak kepada umum.

5 Oktober 2021, Sabina mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar bayi yang merupakan anak sulungnya.

Kongsi jelitawan ini, “5.10.2021 I’ve never waited for any man as much as you, my son. Welcome to the family full of love and care.”

Sepanjang kehamilan juga Sabina jarang berkongsi gambarnya ketika berbadan dua. Paling mencuri perhatian ialah biarpun baru beberapa bulan bersalin, Sabina berjaya mengekalkan tubuh langsingnya.

Ini dibuktikan dalam salah satu posting yang memaparkan dia bersama suami keluar beriadah di samping anak mereka.

Kecantikan Sabina mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun.

Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.

Namun, segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Sampai wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.

 

Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 25 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain.

Sudahnya, Sabina jarang mendapat peluang untuk beraksi dalam beberapa perlawanan dan tidak mampu mengembangkan bakatnya. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar.

Sebagai atlet, pastinya perkara itu menjejaskan reputasi Sabina kerana jiwanya sudah cukup sebati dengan sukan sejak kecil.

Sabina mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020. Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.

Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, Sabina berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.

Sabina juga melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.

 

Kredit foto: Instagram Sabina Altynbekova & Sayat Salman

 

Share
Published by
Suzi