Setiap kali muncul di khalayak ramai, Kate Middleton sering menjadi tumpuan lensa kerana terpegun dengan kecantikan dan penampilannya.
Walaupun sudah mempunyai tiga cahaya mata serta sibuk dengan pelbagai acara dan aktiviti, Duchess of Cambridge ini sentiasa tampil bertenaga dengan wajah awet mudanya.
Senyuman pula tak pernah lekang dari bibir jelitawan ini.
Berikut petua cantik dan sihat Kate Middleton menurut bekas pakar diet diraja yang dikenali sebagai Jennifer.
PEMAKANAN SEIMBANG Kate Middleton sentiasa menitikberatkan tentang kecergasan, pemakanan, tidur berkualiti, pengurusan tekanan dan kesihatan.
“Kita tidak boleh memisahkan kesihatan fizikal dan mental,” jelas Jennifer yang menganggap pemakanan sebagai kunci kepada gaya hidup sihat.
Ads
TIDUR YANG CUKUP, BERKUALITI “Jika tidak menjaga kualiti tidur, kita tidak akan dapat makan dengan betul pada keesokan harinya.
“Kita juga tidak dapat melakukan aktiviti dengan betul dan menjadi dehidrasi,” kata Jennifer.
PENJAGAAN KULIT LUAR & DALAM Jika inginkan wajah yang berseri seperti Kate Middleton, Jennifer berkata kulit yang cantik perlu dijaga dari luar.
“Kita mungkin boleh membelanjakan wang untuk produk kecantikan dan penjagaan kulit.
“Namun, jika kita tidak menjaga pemakanan dengan baik sudah tentu impian tidak akan menjadi kenyataan.
“Ingat, kesihatan kulit sangat bergantung kepada apa yang kita makan,” kata Jennifer.
Ads
“Semua yang kita makan akan menjadi sel dalam badan, begitu juga dengan kulit,” tambah Jennifer yang mengesyorkan kolagen sebagai sebahagian daripada penjagaan kulit.
MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN BERKHASIAT Menurut MailOnline, ibu kepada tiga cahaya mata ini sentiasa meminum smoothie yang kaya dengan khasiat sebelum memulakan aktivitinya.
Kate Middleton biasanya mencampurkan kangkung, spirulina (sejenis alga), matcha (daun teh hijau), bayam, ketumbar dan beri biru untuk minuman sihatnya.
“Kate mempunyai banyak antioksidan, vitamin dan mineral, dan serat dalam badannya. Inilah yang mengekalkan kesihatannya,” kata Jennifer.
Ads
Jennifer juga berpendapat semua minuman Middleton kaya dengan nutrien.
“Saya akan menggabungkannya dengan makanan kaya protein dan lemak sihat yang boleh melengkapkan smoothie itu, menjadikannya sarapan yang sihat dan seimbang,” tambahnya.
PILIH BAHAN MENTAH BERKUALITI TINGGI Sudah tentu ahli keluarga diraja sentiasa makan makanan berkualiti tinggi.
Daripada protein kepada sayur-sayuran dan buah-buahan organik, Jennifer menekankan “kualiti lebih baik daripada kuantiti” penting untuk kecantikan kulit luar dan dalam.
“Saya selalu mengatakan bahawa tidak kira apa yang kita makan, tetapi apa makanan yang kita makan,” katanya.
Jennifer juga percaya petua utama untuk mengikuti diet diraja adalah memberi tumpuan kepada kualiti makanan. Maka, mereka akan sentiasa makan makanan yang penuh dengan protein dan nutrien.
Kongsi Foto: Instagram Kate Middleton Princess of Wales
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersandarkan status ibu selebriti, pastinya Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak terlepas daripada tempias dunia glamor dan jadi tumpuan khalayak. Meniti usia 57 tahun, ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini beruntung dikurniakan tubuh badan sihat dan rupa paras menawan.
Masih sihat bertenaga dan aktif berniaga, tak dinafikan ibu sembilan cahaya mata yang juga nenek ini jelita dalam kelas tersendiri.
Mesra disapa Datin Tini, isteri Dato’ Abdul Halim Khan ini menarik perhatian warga maya selepas berkongsi video di media sosial ketika pergi ke kebun di samping suami tercinta.
Tiba dengan menaiki kereta mewah Aston Martin, penampilan Datin Tini yang menyarung kasut berjenama antarabangsa, Dior meraih bualan followers setia.
Kongsi ibu berjiwa penyayang yang menggelarkan dirinya sebagai Mama ini, “Lama dah mama tak kebun buah mama. Alhamdulillah kali ni pergi kebun ada rezeki durian dan rambutan berbuah. Best sangat petik je terus makan.”
Walau usia menghampiri 60 tahun tapi Datin Tini kekal cergas dan awet muda. Dedahnya dia mengamalkan gaya hidup sihat demi menghargai kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum
mandi dan selepas mandi,” katanya yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Sembilan anak Datin Tini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Datin Tini juga seorang usahawan berjaya yang menguruskan empayar produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.
Bakal Permaisuri Brunei, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sering menjadi perhatian masyarakat. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah juga menarik tumpuan rakyat di negara ini kerana penampilan yang mempersona dan tingkah laku sarat dengan nilai wanita Timur.
9 April lalu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah genap berusia 37 tahun. Meskipun menghampiri usia 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Hasil perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Bukan hanya sering menyantuni rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah turut merupakan penderma darah tetap di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Daripada gambar yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Pengiran Anak Sarah tenang menjalani prosedur menderma darah dan menjalani prosedur di sana beberapa tahun sebelum ini.
Pengiran Anak Sarah yang dikhabarkan sebagai bakal Permaisuri Brunei ini berkahwin dengan pewaris Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota ketika berusia 17 tahun.
Perkahwinan Baginda berdua pernah mendapat perhatian dunia dan mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’ kerana berlangsung dengan cukup gilang-gemilang dan mewah serta dihadiri pemimpin-pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpegun tengok gambar raya Zakiah Anas di samping dua anak bujangnya baru-baru ini. Mana tidaknya, dah ‘besar panjang’ anak teruna bekas personaliti TV ini namun pesona dan keanggunan Zakiah masih memikat.
Sebut sahaja namanya, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaian Zakiah ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura wanita ini masih terkesan di hati penonton.
Meninjau media sosial terkini personaliti TV ini macam tak makan dek usia! Tetap cantik seperti dulu. Apatah lagi, dia menginjak usia 57 tahun pada Januari lepas.
Paling tak sangka, sudah dewasa anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Zakiah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Berbekalkan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut, sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar, voice over untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 29 tahun sementara anak kedua pula berumur 26 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.