
Sekitar era 90an, nama Haliza Misbun sering meniti di bibir peminat seni tanah air. Lakonan mantap aktres handalan ini menerusi drama bersiri popular Cinderella pada tahun 1998 pernah menjadi fenomena dan memberi kesan kepada penonton sehingga ke hari ini.
Walau sudah lebih 2 dekad berlalu namun pesona Haliza Misbun masih dikagumi. Jika dulu peminat mengenalinya dengan susuk tubuh berisi tetapi kini dia tampil lebih langsing dan matang.
Mengintai media sosial Haliza, dia yang kini meniti usia 48 tahun tetap kelihatan memikat. Apa yang pasti, bintang filem Abang 92 ini nampak ‘slim’ dan bertambah ayu dengan gaya rambut panjang.
Malah, rasa ‘cinta’ Haliza terhadap lakonan masih menebal dan dia aktif membintangi pelbagai drama. Antaranya menerusi Pemuja Rahsia, Syurgaku Tak Sempurna dan Juliet yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Haliza merupakan kakak kepada Rozana Misbun dan seorang lagi adiknya iaitu Amanda Misbun mengikut jejak langkah kakaknya sebagai anak seni. Namun populariti Amanda belum mampu menandingi aura kakak tersayang.
Pada tahun 2017, Haliza membuat comeback menerusi filem Pencuri Hati Mr Cinderella arahan bekas pelakon gandingannya dalam drama Cinderella, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Kredit foto: Instagram Haliza Misbun
‘Gorgeous ERRA FAZIRA’! Bekas Ratu Cantik Ini Tak Dimamah Usia & Jelita Usia 49 Tahun!

Tanggal 9 Februari merupakan hari ulang tahun kelahiran primadona tanah air, Erra Fazira! Genap berusia 49 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini.
Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Apatah lagi, Erra merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia. Pastinya dia perlu menjaga ketrampilan diri.




Walau usia makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya. Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.




Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias cover Nona Oktober 2018, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.




Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
8 DIY Masker Yang Boleh Buat Sendiri Di Rumah Sepanjang Tempoh Kuarantin, Senang Dan Jimat!

Sepanjang tempoh kuarantin, tahap kebosanan berada di rumah memang tidak boleh dinafikan. Pelbagai aktiviti dibuat di rumah untuk menghilangkan bosan samada aktiviti bersama ahli keluarga, sahabat-handai dan sanak-saudara. Namun, ada aktiviti-aktiviti lain yang boleh dibuat di ruamh sepanjang tempoh kuarantin yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia termasuklan membuat sendiri atau DIY masker wajah. Jom Nona kongsikan 8 DIY masker yang boleh dibuat sendiri di rumah! Mudah lagi menjimatkan!
1. Menghilangkan Kedutan
Masker ini berfungsi untuk meremajakan kulit. Hasilnya kulit yang kelihatan matang akan nampak muda berseri. Malahan, ia juga membantu mengurangkan garis-garis halus.
Bahan-bahan:
1 biji avocado yang ranum
1 sudu teh jus lemon
1 biji putih telur
Cara-cara:
Jika anda mempunyai kulit berminyak, campurkan putih telur dan jus lemon. Sapukan di seluruh wajah dan elakkan terkena di sekeliling mata. Bagi yang ada masalah kulit kering pula, kisarkan sebiji buah avocado dan campurkan di dalam bahan-bahan tadi. Ia akan menyegarkan kulit yang kering.
2. Mengurangkan Kesembapan
Kadangkala, bila terlalu penat atau tak cukup tidur wajah akan kelihatan sembap dan tak bermaya. Oleh itu, cara pantas bagi mengatasi masalah ni ialah cuba masker buah epal.
Bahan-bahan:
1/2 biji epal (dikupas dan kisar)
1 sudu besar madu asli
1 biji kuning telur
1 sudu besar cuka epal
2 sudu besar minyak badam
Cara-cara:
Bagi kulit kering, anda boleh mencampurkan semua bahan di atas. Sapukan di muka dan berehat dalam 20 minit. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering gantikan minyak badam dengan minyak jojoba.
3. Kurangkan Kemerahan
Bila wajah ditumbuhi jerawat, kesan kemerahan akan nampak ketara. Malahan, ruam-ruam halus di muka juga akan membuat kita berasa malu dan tak selesa. Apa kata cuba petua mudah ni.
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
1 sudu teh madu asli
1 sudu teh jus lobak merah
1 sudu teh bawang putih (dilenyek)
Cara-cara:
Pukul putih telur hingga kembang. Campurkan bahan-bahan lain. Sapukan di seluruh muka atau di kawasan yang ada kesan kemerahan. Biarkan selama 20 minit.
4. Melembapkan Wajah
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering atau terlampau kering, bolehlah cuba buat masker mudah ni. Khasiatnya ialah dapat melembap dan meremajakan kulit.
Bahan-bahan:
1/2 sudu teh madu asli
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan. Sapukan di muka dan biarkan selama 20 minit. Jika nak masker tahan lama dan boleh digunakan semula, jangan menggunakan tangan. Seeloknya ambil secukupnya saja dan bakinya disimpan di peti sejuk.
5. Membersihkan Pori Yang Tersumbat
Apabila sering mengenakan solekan dan tak mencuci wajah dengan betul, liang pori-pori di wajah akan tersumbat. Ini akan menyebabkan berlakunya keradangan yang mengakibatkan tumbuhnya jerawat, bintik hitam dan putih. Bagi mengatasi masalah ni, anda boleh mencuba tips ni.
Bahan-bahan:
1/2 sudu teh yogurt
1 sudu teh jus oren
1 sudu teh jus lobak merah
1 sudu teh minyak badam
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan sapukan ke seluruh wajah kecuali kawasan mata. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak atau mempunyai tompok-tompok hitam, tambah 1 sudu teh jus lemon di dalam bahan tadi. Jika kulit anda terlalu kering, tambahkan minyak badam 1 sudu teh lagi.
6. Mencerahkan Wajah
Masker ni akan membuang segala kekotoran yang tersumbat di pori-pori dan membersihkan sel-sel kulit mati. Ia akan menjadikan kulit bertambah lembut, cerah dan bersih.
Bahan-bahan:
2 sudu teh serbuk badam
1 sudu teh air mawar
1/2 sudu teh madu asli
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan-bahan ini sehingga menjadi pes. Sapukan lapisan yang nipis di wajah. Untuk hasil yang terbaik, cuci muka menggunakan air mawar yang telah disejukkan terlebih dahulu.
7. Menghaluskan Kulit
Kebaikan oats untuk kesihatan dan kecantikan tak dapat dinafikan lagi. Jika anda mempunyai kulit yang kusam, kasar dan warna tak sekata, apa kata cuba masker ni. Mana tahu, masalah anda boleh diatasi dengan baik.
Bahan-bahan:
2 sudu teh oat (kisar halus)
2 sudu besar kulit oren (kisar halus)
Sedikit yogurt
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan sapukan di muka dengan lapisan yang nipis. Jika anda mempunyai kulit kering campurkan dengan yogurt secukupnya. Sebaliknya, jika ada masalah kulit kering, gantikan yogurt dengan minyak badam.
8. Menganjalkan Kulit
Kebaikan kentang yang kaya dengan vitamin C mampu menganjal dan menegangkan kulit. Jika anda berusia lebih 25 tahun dan ke atas, masker ni sangat sesuai untuk melambatkan proses penuaan.
Bahan-bahan:
1 sudu besar jus kentang
1 sudu besar tepung kacang kuda
Cara-cara:
Campurkan kedua-dua bahan dan bolehlah disapukan ke muka untuk merasai khasiatnya. Jika kulit berminyak, boleh tambahkan sedikit minyak zaitun dan jus lemon. Jika berkulit kering pula, tambahkan sedikit minyak zaitun dan yogurt. Sesuaikan kepekatan pes tersebut.
MARIAH CAREY Awet Muda Pada Usia 52 Tahun, Rupa-Rupanya 5 Petua Ini Yang Diamalkan

Pada usia 52 tahun, diva pop antarabangsa Mariah Carey masih kelihatan cergas dan awet muda. Malah, masih bertenaga saat membuat persembahan di konsert yang pastinya memerlukan stamina yang tinggi.
Rupa-rupanya penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘We Belong Together’ ini banyak mengamalkan perkara yang baik untuk kesihatan sekaligus menyerlahkan pesona awet muda.
Agaknya apa yang diamalkan Mariah Carey ya? Majalah NONA kongsikan ‘petua’ yang diamalkan oleh ibu kepada sepasang anak kembar ini. Anak-anaknya pun sudah berusia 11 tahun.
DIET PROTEIN
Memetik laporan Hollywood Life, penyanyi kelahiran New York ini sering mengamalkan diet protein untuk mengekalkan bentuk badannya.
Mariah Carey hanya mengambil makanan berprotein tinggi seperti salmon dan sayur-sayuran dalam diet hariannya termasuklah mengurangkan jumlah karbohidrat.
TAK AMBIL MAKANAN MANIS
Selain itu, Mariah Carey juga tidak mengambil makanan manis seperti coklat atau kek. Dia juga tidak mengambil roti yang banyak tepung kerana tidak bagus untuk kesihatan.
Apabila lapar atau terasa mahu makan snek, Mariah Carey selalunya akan makan buah-buahan contohnya mangga atau beri biru dalam kuantiti kecil.
MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT
Menurut Mariah Carey, walau sentiasa patuh dengan disiplin dietnya dia sendiri makan lebih daripada tiga kali sehari namun dalam kuantiti yang sedikit.
Dalam satu sesi temu bual bersama US Weekly, Mariah Carey mendedahkan dia mengupah pakar pemakanan bagi memantau bahagian pemakanannya selepas melahirkan anak kembar. Makanan juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dan memastikan jumlah keseluruhan tidak melebihi 1,500 kalori.
PAKAI SOLEKAN NIPIS
Rahsia awet muda Mariah Carey seterusnya ialah sering mengenakan solekan nipis kerana tidak mahu mengganggu kecantikan kulitnya yang semula jadi. Katanya, kalau jarang pakai solekan tak perlulah mengenakan solekan terlalu tebal.
“Saya mengenakan solekan yang minima supaya tidak perlu terlalu kerap wapkan muka,” ungkap Mariah Carey seperti yang dipetik dari People.
BERHENTI MEROKOK
Mariah Carey mengakui pernah menjadi perokok walaupun tidak aktif. Disebabkan itu, dia mampu menyanyi dalam nada rendah. Namun, lama kelamaan ia mengakibatkan kerongkongnya mengalami keradangan serta bengkak.
“Suatu hari saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk berhenti merokok jika berjaya mengembalikan semula suara saya. Akhirnya, saya berjaya menyanyi dengan nada suara yang lebih tinggi selepas berhenti merokok.”
Selain dapat memulihkan kembali suara yang hampir hilang, berhenti merokok juga memberi manfaat kepada kulitnya. Ia membantu mencegah tanda-tanda penuaan awal seterusnya menjadikan kulit Mariah Carey tampak awet muda.
Kredit Foto: Instagram Mariah Carey