Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Ads
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Ini Punca Mengapa Ayda Bersama Aurawhite, Selama Sembilan Tahun
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Ayda Berterima Kasih, Anggap Ini Rezeki Anak!
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
Ads
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Ads
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mengenali pasangan Hollywood sensasi, Jennifer Lopez dan Ben Affleck yang baru saja mendirikan rumahtangga tahun lepas.
Dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup rajin bekerja dan sangat disiplin terutama sekali bab menjaga kesihatan dan penampilan, Ben Affleck mendedahkan sesuatu yang ‘mengejutkan’ tentang pola diet isteri kesayangannya.
Menerusi satu sesi tembual virtual dalam rancangan “The Drew Barrymore Show”, Ben berkongsi rutin diet Jennifer yang dianggap ‘pelik’ kepada Drew apabila disoalnya. Ujar Ben, dari segi pemakanan isterinya itu akan makan apa saja tanpa perlu berjaga-jaga.
“Jennifer seperti seorang superhero. Jennifer makan apa sahaja yang dia mahu; biskut, aiskrim, semuanya. Dia bersenam. Maksud saya, saya juga bersenam, tetapi saya langsung tak nampak seperti 20 tahun, anda tahu maksud saya?
Jennifer sememangnya cukup disiplin bila berkaitan etika kerja. “Etika kerja dan disiplinya sangat ketara. Dia wanita paling cantik di dunia, dia seorang yang sangat hebat.”
Sebagai tindak balas kepada pujian manis Affleck terhadap isterinya, Drew Barrymore kelihatan terpinga-pinga di kerusinya. “Inilah contoh lelaki yang menghargai wanita,” katanya.
Jennifer dilaporkan mempunyai dua orang jurulatih peribadi – yang memastikan dia mengikuti rutin senaman yang sesuai dengan gaya hidupnya yang sibuk. “Jennifer banyak melakukan senaman jalan kaki platipus juga dikenali sebagai sumo walking squat. Ia bagus untuk bahagian dalam paha dan punggungnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terserlah kebahagiaan di riak wajah 3 artis jelita ini yang baru bergelar ibu. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang meraikan Syawal bersama bayi sulung mereka. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla juga nampaknya semakin berseri-seri! Jom jenguk koleksi foto mereka bersama yang tersayang.
NUR FAZURA
Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.
ZAHIRAH MACWILSON
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.
TASHA SHILLA
Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.
Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh serta solehah buat ibu dan ayah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Dato’ Ramli MS pasti ramai sudah terbayang wajah seriusnya tatkala menjadi juri dalam sesebuah program hiburan. Berturut-turut menjadi juri tetap bagi program Gegarvaganza, Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram juga pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-2 dan Ke-6 selain dikagumi sebagai pemuzik terkemuka tanah air.
Mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berbakat Datin Alyah pada Mac 2013, umum mengetahui Dato’ Ramli merupakan penggiat seni yang cukup jarang berkongsi sisi peribadi. Beliau bukan hanya bersikap profesional terhadap kerjaya tetapi juga soal keluarga dan anak-anak.
Pun begitu, sebagai seorang public figure… beliau tidak terlepas daripada tumpuan khalayak. Lebih-lebih lagi mengenai dua orang cahaya matanya yang kini semakin meningkat dewasa. Difahamkan menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai Kak Jenn, Dato’ Ramli dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Najee Ramli dan Nadiah Ramli.
Apa yang pasti, wajah cantik anak perempuan beliau sering mendapat perhatian peminat seni. Mana tidaknya, daripada rupa paras Nadiah jelas terserlah dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Jennifer Thompson merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air di samping memiliki pengalaman dalam bidang tersebut selama 30 tahun.
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik.
Meninjau Instagram Nadiah, gadis ini sudah pun melangsungkan pertunangan dengan seorang jurugambar dikenali sebagai Taufiq Nadzri pada Februari lalu. Berita gembira itu dihidu media apabila masing-masing berkongsi gambar berdua di media sosial sambil meletakkan kapsyen simbol cincin.
Moga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Tak sabar tunggu majlis perkahwinan Nadiah nanti!
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...