Kekok Kena Soal Siasat, Dato’ Sri Mahadi Imbau Kenangan Pertama Jumpa Mertua – ‘Heliza Check Semua!’

Pagi yang nyaman, kawasan kejiranan elit di Sunway South Quay seperti biasa dipeluk ketenangan. Daripada banglo moden hingga semi-D mewah, hunian di sini benar-benar menjanjikan privasi buat pemilik, termasuklah pasangan penghias cover Majalah Nona Ogos 2022 – Dato’ Sri Haji Mahadi Badrul Zaman dan Datin Sri Hajah Nurheliza Helmi.

Navigasi Waze membawa kami berhenti di lot kediaman terakhir di hujung jalan. Nah, tak susah mengecam rumah Dato’ Sri Mahadi yang bernilai jutaan ringgit itu kalau melihat dari garajnya. Kenal benar kereta Jaguar S-Type ‘bertatahkan’ kereta mainan Hot Wheels milik beliau!

Mewah dengan penataan bercirikan Inggeris klasik, ruang kediaman tiga tingkat itu menjadi syurga buat Dato’ Sri Mahadi sekeluarga. Tambah bermakna, ibu kesayangan iaitu Cikgu Hamidah Fateh Mohamed turut menetap bersama anak lelakinya yang baru bergelar Haji.

 

 

Berumur 38 tahun, Dato’ Sri Mahadi atau Abang Dee sangat dikenali sebagai jutawan muda dan berjaya. Berkelulusan Diploma Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2003, langkah Presiden AUF MBZ Consortium dan perunding kewangan terkemuka ini terus maju bermula April 2004 hingga sekarang.

Tiada istilah menumpang populariti isteri, lelaki hebat ini terlebih dahulu membina nama dalam perniagaannya. Sebagai individu yang disegani dalam bidang kewangan, kisah perkahwinannya dengan selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nurheliza Helmi atau Kak Jaa mencuri perhatian.

Apatah lagi masing-masing dikategorikan bertemu jodoh pada usia yang ‘agak lewat’.

Awal tahun ini, setepatnya pada 1.1.2022 pukul 11.11 pagi, berita pernikahan Kak Jaa dan Abang Dee mengejutkan peminat. Kejutan itu walaubagaimanapun diiringi dengan doa dan rasa kesyukuran, memandangkan wanita kesayangan ramai ini akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 36 tahun.

 

******************************

Suka tengok dress biru Datin Sri Hajah Nurheliza Helmi pakai tu. Lagi cantik kalau pakai sekalung rantai emas macam ni (klik) dan guna kod promo khas untuk followers Nona iaitu NONGSP5. Barulah elegan!

******************************

 

LADANG AMALAN

Saling menghormati kerjaya dan minat masing-masing, takwim aktiviti Abang Dee dan Kak Jaa kini sebetulnya tidaklah kerap berdua-duaan selepas berkahwin. Hanya sesekali dapat melapangkan masa selepas waktu kerja, itu pun selebihnya mereka selesa dengan urusan sendiri yang perlu dibereskan.

“Mula-mula teruja juga bila orang datang nak bergambar. Tapi lama-lama jadi biasa. Setakat ni saya tak pernah tolak permintaan sapa-sapa, dan takde hasrat lagi nak letak muka isteri untuk bisnes saya atau jadikan dia duta bisnes, tak pernah. Cuma secara tak langsung, populariti dia terpalit juga untuk bisnes saya.

Paling lucu contohnya ketika saya ke Mabul. Dulu saya datang orang tak kenal. Tapi sekarang dari jauh orang dah tegur… “Hey, suami Heliza” atau “Ini suami Heliza ya?” (ketawa). Tapi takdelah saya nak bagi name card tertulis ‘Suami Heliza’.

Saya hormat apa yang isteri suka. Saya pula dalam bidang kewangan dan ada lebih 2,000 orang di bawah saya yang mengharap pada saya. Kalau saya buat benda lain atau asyik ikut Heliza, bimbang peminat dia tak suka pula.

 

Jadi yang terbaiknya kami kena bijak manfaatkan masa. Contoh malam ni kami ada event dinner sama-sama. Dan macam sekarang, kami interview dengan Nona.

Masing-masing kena banyak give and take. Walaupun masa begitu terhad tapi alhamdulillah baru-baru ni kami dapat tunaikan umrah dan haji sama-sama. Banyak sangat benda yang Allah permudahkan.

Kalau bercerita soal usaha sama pula, sekarang kami ada restoran Maii Shell Oud serta bisnes tudung Heliza Helmi yang dilancarkan Ramadan lepas. Alhamdulillah in less than a month, semua tudung sold out.

Menggunakan pengaruh yang ada, saya dan isteri selalu bergabung demi kebaikan ummah. Umpamanya waktu bulan puasa lepas, kami sama-sama allocate sedikit wang untuk bersedekah.

Kami susun dan bahagikan ikut rancangan, berapa dan dimana kami nak buat untuk buka puasa. Rumah anak yatim, orang tua, pusat tahfiz dan umrah. Kami sama-samalah, setiap hari kami beristisyar untuk bekalan akhirat.” Abang Dee

 

Menyifatkan perasaan cinta hanya datang sebaik suaminya sah melafazkan nikah, Heliza turut memohon doa semua agar perkahwinan mereka sentiasa dikurniakan mawaddah warahmah. Bahagia dunia akhirat.

“Lepas kami bernikah 1 Januari, memang banyak kejutan-kejutan. Tapi kejutannya, masyaAllah! Semua kejutan yang sangat positif.

Kerana itu kami doalah supaya Allah campakkan sakinah, iaitu ketenangan yang kami perlukan.

Kurniakanlah kami mawaddah dan berikan juga rahmah. Sebab kami niat, kami berkahwin hanya kerana Allah.” Kak Jaa

 

KENANGAN

Memilih untuk merahsiakan sejak bila mereka mula kenal-mengenali, pasangan pengantin baru ini senang berkongsi kenangan detik-detik awal pertemuan mereka.

“Kita selalu dengar bercinta selepas kahwin, tapi tak ramai yang dapat terima kenyataan… Mereka kena juga bercinta sebelum kahwin.

Sebenarnya saya dengan Kak Ja ni, sebelum kahwin, memang kami tak bercinta. Ada juga kawan yang tanya, ‘Eh macamana hang ambik dia kat umah, hang keluaq dengan kereta? Biaq betui!…’

Saya jawab tak pernah pun keluar berdua-duaan. Yang pernah pun dengan famili atau pun datang rumah masa nak merisik ke… adalah, beberapa kali dengan adik-beradik.

Perkataan sebenarnya kami ni bertaaruf, bukan bercinta. Memang kami pernah mengenali on the phone tapi tak ‘dating’ atau keluar berdua-duaan.

 

Masa bawa rombongan ke rumah isteri di Bangi, saya jumpa ayah mertua buat pertama kali. Mula-mula sembang bagai, kemudian baru luahkan niat sebenar. Dah 38 tahun, memang tak pernah luahkan kot. Memang kekok jugak la. Macam ni rupanya.

Alhamdulillah, niat saya diterima dengan positif. Tapi taklah terus diterima, taula dia punya style tu kan. Dia tanya dulu, bisnes ada pasal Islamik tak? Sebab Heliza sangat menjaga benda tu. Check dulu background, ala biasalahkan… Takut orang take advantage ke, tipu ke atau orang nak mempergunakan ke.

Pendek kata, kena soal siasat sampai tanya kawan-kawan. Lepas yakin, barulah proses kenal lebih rapat, dia rujuk orang ketiga semualah macam Ustaz Izhar Ariff, Ustaz Zawawi Yusoh… banyak, semua ustaz ustazahlah kami jumpa. Alhamdulillah semua terima dengan baik dan gembira.” Abang Dee

 

***Selalu tampil dengan pakaian sedondon, rupa-rupanya ada kisah fesyen yang menarik buat pasangan ini. Nantikan sambungan kisah Abang Dee dan Kak Jaa tak lama lagi.

 

Penulis & Penyelaras: Norzalina Mohd Alias
Penata Seni: Kiffy Razak
Konsep: Azniza Aziz
Foto: Nor Yanti Saharuddin
Solekan: Ann Karim

 

Share
Published by
Norzalina