Mengucap panjang bila dapat tahu Lufya berdepan detik menakutkan dengan anak kecilnya baru-baru ini. Syukur ibu dan anak ini semakin sembuh dan selamat daripada menjadi mangsa culik. Selepas dua hari kejadian berlaku, barulah Lufya tampil mendedahkan insiden berkenaan.
Memuat naik gambar bukti yang menunjukkan beberapa kesan luka di wajahnya, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini menerusi media sosial miliknya berkongsi kisah di sebalik kejadian tersebut.
“2 hari lepas Fya diserang oleh seorang lelaki yang nak cuba menculik anak perempuan saya. Masa tu kami berada di playground Kota Damansara ada lebih kurang jam 4-5 petang.
Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul Fya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan.
Alhamdulillah anak selamat dan Fya pun selamat. I’m a fighter! Terpanggil nak share sesuatu yang penting walaupun kita ni wanita yang lemah, kita kena ada ilmu mempertahankan diri. Ikutkan orang yang menyerang tu lelaki yang agak besar dan kuat.”
Tambah selebriti berusia 37 tahun ini lagi, “Dengan izin Allah juga Fya dapat melawan dan menyelamatkan anak Fya. Syukur alhamdulillah moral of the story is we must always stay alert. Kita tak tahu orang zaman sekarang ni sanggup buat perkara-perkara yang keji.
Manusia makin tiada kemanusiaan. Doakan kesembuhan dan keselamatan kami ya.”
Lufya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia empat tahun.