Kekuatannya Jadi Inspirasi, DAYAH BAKAR Reda Lahir Anak Sulung Tanpa Suami Di Sisi Kerana Tugas!

Kekuatan seorang wanita sememangnya luar biasa. Dalam keadaan sukar macam mana sekalipun mereka mampu mengawal situasi dengan baik dan pastinya dengan ‘bantuan’ Dia Yang Satu! Benarlah, Allah menciptakan wanita dengan cukup istimewa. Luaran sahaja nampak lembut tapi dalaman mereka tersimpan seribu satu rahsia.

Melihat ketabahan Dayah Bakar mengharungi saat kelahiran tanpa ketiadaan suami di sisi membuktikan betapa kuatnya insan bergelar ibu ini. Nona percaya ramai wanita rasa kagum dengan semangat Dayah.

Detik 2.23 petang tanggal 17 Ogos lepas, cahaya mata sulung yang paling dinanti-nantikan Dayah dan suami tercinta selamat lahir ke dunia. Namun, momen kelahiran bayi lelaki comel tersebut tidak dapat disaksikan suami Dayah yang juga pegawai tentera berpangkat kapten iaitu Muhammad Hanif Hamidi kerana bertugas di Australia dan tidak dapat pulang ke tanah air kerana wabak Covid-19.

Pun begitu, kedua-dua pasangan romantis ini saling memahami dan kerap berinteraksi di antara satu sama lain. Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar selamat melahirkan anak sulung secara pembedahan dan ditemani ahli keluarga tersayang.

Berkongsi khabar gembira bersama peminat di Instagram, Dayah turut memuatnaik gambar jari si comel memegang erat jemarinya. “Allahuakbar alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi. Both mommy and baby doing fine.

Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little bb is already out. Macam mimpi. Indescribable feeling, MashaAllah.”

Genap seminggu kelahiran, Dayah mengumumkan pula nama si comel tersebut yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri bin Muhammad Hanif. Sedap nama! Jelas Dayah, Achbar bermaksud dihormati, Muhammad pula membawa makna yang terpuji dan Fahri ialah kebanggaanku. “Nama pilihan Baba. Apa Baba suka, ibu turutkan. Tapi, nama Fahri tu memang pilihan tepat hati Ibu.”

Pada 29 Jun lepas, Dayah dan Hanif menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Walau tidak lagi berpeluang untuk bertemu tapi Hanif tetap mengingati tarikh keramat itu dan menghantar pemberian istimewa kepada isteri tercinta sempena meraikan ulang tahun hari bersejarah mereka. Moga Dayah terus kuat menjalani tempoh berpantang dan dapat segera dipertemukan dengan suami tercinta di samping anak tersayang.

IKLAN
Share