“Kelebihan Cess Lebih Pada Berniaga” Qadejah Harapan Datin Seri Nur Shahida Untuk Teruskan Legasi Perniagaan

Antara harapan mereka yang bergelar usahawan ialah mahu anak-anak mewarisi dan meneruskan legasi perniagaan mereka agar terus bertahan.

Begitulah harapan Datin Seri Nur Shahida kepada anak keduanya, Qadejah El Zahra atau terkenal dengan gelaran ‘Cess’ di Instagram.

Isteri kepada usahawan jutawan tersohor, Datuk Seti Aliff Syukri ini meluahkan harapannya itu dalam satu hantaran di akaun Instagram peribadinya.

Kata Datin Seri Nur Shahida, walaupun baru 13 tahun namun Qadejah sudah mempunyai minat dalam perniagaan. Kelebihan yang ada pada Qadejah itu dikatakan saling tak tumpah seperti bapanya.

“Setiap anak ada kelebihan dia. Masing-masing punya minat sendiri. Tapi apa yang saya nampak Cess @qadejah_terlajaklaris ni lebih pada berniaga.

“Saling tak tumpah dengan Abah dia @aliffsyukriterlajaklaris . Kalau dengan pelanggan tu cukup mesra, petah berbicara sampai pelanggan tu beli la.”

 

Bagi yang follow Instagram Qadejah, dia sememangnya seorang anak yang petah berbicara. Malah, fasih pula berbahasa Inggeris. Memang terpegun setiap kali melihat video-video Qadejah mempromosikan perniagaan keluarganya.

Datin Seri Nur Shahida mengharapkan ada antara dari anak-anaknya yang mewarisi legasi perniagaan mereka setelah mereka bersara kelak.

“Harap suatu hari nanti ada lah yang mewarisi perniagaan ni nanti. Nak harap Mama dengan Abahnya dah tak larat dah. Fikir nak duduk rumah je nak berehat.”

QADEJAH ANAK DISLEKSIA
Qadejah mewarisi genetik bapanya yang mengalami disleksia. Ia hanya disedari ketika Qadejah berusia enam tahun.

Namun setelah menjalani rawatan khusus dan pernah belajar di Pusat Disleksia Ampang, Qadejah kini membesar sebagai seorang anak yang bijak, kreatif dalam seni lukisan serta petah berkata-kata.

Menurut Datin Seri Nur Shahida, Qadejah seorang anak yang mudah dijaga. Kelebihan yang dimiliki Qadejah adalah lebih kepada seni.

Antaranya, dia gemar melukis apa yang orang lain tidak pernah terfikir untuk lukis. Punya daya pemikiran di luar kotak!

Semoga Qadejah menjadi anak yang solehah di dunia mahupun akhirat seterusnya bergelar wanita hebat di sisi Allah SWT.

Untuk info, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.

Kredit Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad