Istilah ‘pagi buta’ pastinya tidak asing lagi di kalangan kita yang membawa maksud awal pagi atau dinihari. Sebagai contoh, semasa kecil kita sering dikejutkan oleh ibu pada waktu awal pagi untuk ke sekolah.
Pagi-pagi buta sudah disuruh mandi. Ada juga yang rutinnya keluar mencari sumber rezeki pada pagi-pagi buta.
Air yang dingin ketika dinihari boleh terasa hingga ke tulang sumsum. Mungkin atas alasan itulah ada yang tidak larat hendak mandi pada awal pagi lebih-lebih lagi di hujung minggu.
Namun, tahukah anda mandi awal pagi sangat bagus untuk kesihatan? Kajian juga telah banyak membuktikannya. Nak tahu apa kebaikan mandi awal pagi?
(a) Menyegarkan Tubuh & Mencerahkan Kulit
Tubuh terasa lebih segar dan penampilan akan lebih menarik kerana ketika ini mood dan semangat cukup tinggi untuk memulakan hari. Air yang membasahi tubuh ketika mandi mampu menyegarkan dan melembutkan kulit.
Bersyampu pada dini hari juga dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan rambut juga lebih kuat.
(b) Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kajian turut mendapati mandi dengan air dingin pada awal pagi mampu meningkatkan perkembangan sel-sel darah putih yang akan menguatkan daya tahan tubuh. Virus atau kuman yang boleh menyerang tubuh akan berkurangan. Risiko untuk sakit pun menjadi lebih kecil.
(c) Meningkatkan Kesuburan
Bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, bolehlah mencuba ikhtiar ini. Mandi air dingin pada awal pagi dapat membantu meningkatkan kesuburan dan mampu menjaga reproduksi lelaki dan wanita. Penghasilan estrogen pada wanita dan testosteron pada lelaki akan meningkat.
(d) Meningkatkan Ghairah
Bukan sekadar membantu meningkatkan kesuburan, mandi pada awal pagi juga dapat membangkitkan ghairah seksual.
(e) Melancarkan Aliran Darah
Ketika baru bangkit tidur aliran darah terjejas kerana tubuh tidak aktif sepanjang tidur semalaman. Jika anda rajin mandi awal pagi tubuh akan menjadi lebih tenang hingga aliran darah kembali lancar. Tubuh juga akan semakin sihat.
(f) Mengatasi Kemurungan
Ramai beranggapan jika mandi awal pagi dengan udara yang sejuk boleh mengakibatkan sakit sendi dan tulang. Ternyata tidak benar kerana ia berbeza dengan mandi air sejuk pada waktu malam.
Mandi awal pagi bukan saja menyihatkan bahkan membantu mengatasi kemurungan. Air sejuk yang dirasai saat pertama kali mengalir ke tubuh ketika bangun awal pagi menjadikan jiwa kita lebih tenang. Amy Mohd
This website uses cookies.