Keliru Produk Mesra Wuduk, Pengasas Nurraysa Beri  Penjelasan Agar Tak Dipandang Ringan

Ramai wanita keliru produk mesra wuduk yang berada di pasaran. Adakah ia untuk tujuan pemasaran semata-mata. Memilih produk mesra wuduk sememangnya sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Tidak salah sebenarnya untuk wanita bersolek tetapi kulit wajah perlu bersih sebelum mengambil wuduk untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu. Apabila muncul produk mesra wuduk ramai wanita menarik nafas lega.

Tapi ramai yang keliru dengan produk mesra wuduk ini dan menganggap tak perlu mencuci atau membersihkan solekan sebelum mengambil wuduk dan boleh terus bersolat.

Pengasas produk kecantikan dan kosmetik Nurraysa cuba memberi penerangan tentang konsep produk mesra wuduk yang dijuangkannya sejak awal 2014 hingga kini.

Pengasas Nurraysa, Nur Aini Zolkepeli menjelaskan soal produk mesra wuduk ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh jadi solat yang didirikan tidak sempurna tanpa disedari.

“Berdasarkan kajian dan pemerhatian, dapat dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit,” kata wanita yang kini sudah mempunyai lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian ini.

Foto: Instagram @nurainizolkepeli

Tambahnya lagi, “Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk tidak menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit. Ia memerlukan perbincangan yang khusus.

Namun apa yang saya ketengahkan ialah mudah dicuci dan ditanggalkan. Bukan tidak perlu dicuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan penggunaan bedak asas, lipstik, eyeliner, blusher, eyebrow, eyeshadow

dan mascara. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis,” jelas Nur Aini tentang konsep produk mesra wuduk ini.
Foto: Instagram @nurainizolkepeli

Nur Aini turut menitipkan tip penting memilih produk kecantikan iaitu menggunakan produk bebas silikon. “Silikon sendiri adalah bersifat waterproof atau kalis air.

Jadi ia ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk solekan bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun atau penanggal solekan.

Pendek kata dengan adanya silikon kena dicuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.

Sebab itu produk saya tiada silikon. Ia jelas tidak bersifat kalis air dan menggunakan bahan semula jadi sekali gus dapat merawat kulit. Mahu atau tidak, memang kena cuci solekan baru berwuduk tanpa was was.

Jadi, bila dah tahu perkara sebenar, kena memperbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap,” kata Nur Aini yang mengamalkan sistem dropship

bagi membantu golongan suri rumah jana pendapatan secara percuma.

Baca juga; MARSHA MILAN Lahir Di Amerika Keturunan Kadazan-Dusun

Share
Published by
Hamizatul Maizan