Gaya Hidup

Kelirulah! Dibersihkan Bahaya, Dibiarkan Kotor Juga Bahaya. Jadi PERLUKAH TELINGA KITA DIBERSIHKAN?

Asyiknya rasa bila putik kapas memasuki liang telinga. Disebabkan ‘ketagih’ untuk membersihkan telinga, ada di antara kita sanggup melakukannya setiap hari.

Mungkin pada kita telinga tidak harus dibiarkan kotor namun kebanyakan pakar ENT menyarankan agar tidak berbuat demikian demi menjaga kesihatan telinga.

Kotoran yang terlekat di telinga lazimnya dikenali sebagai serumen.

Meskipun dianggap sebagai kotor, tetapi serumen ini sebenarnya bertindak seperti getah berwarna kuning kecoklatan yang berfungsi menangkap kotoran yang masuk ke dalam telinga di samping melindunginya.

Sesetengah orang akan mengalami rupa serumen yang basah dan ada juga sebaliknya.

Cara Membersih Yang Betul

Cara yang paling berkesan untuk membersihkan telinga adalah dengan hanya dibersihkan pada permukaan luar saja.

Namun, jika kotoran ini mendatangkan mudarat yang berkaitan pendengaran segera berjumpa doktor ENT pada setiap enam bulan sekali atau ketika menderita sakit telinga.

Doktor akan melakukan pembersihan yang sepatutnya terhadap anda dengan menggunakan ubat dan prosedur tertentu.

Jangkitan Telinga

Setiap hari kelenjar telinga akan mengeluarkan serumen bagi mencegah debu atau kotoran masuk ke dalam telinga.

Jika telinga terlalu dibersihkan ia akan membuatkan keupayaan dan daya ketahanan liang bahagian ini berkurangan dan lemah menentang jangkitan kuman. Justeru, meningkatkan risiko infeksi.

Tip Membersihkan Telinga

  • Jangan masukkan putik kapas jauh ke dalam telinga kerana ia boleh menyebabkan kerosakan terutamanya apabila menyentuh sehingga ke gegendang telinga yang akan menimbulkan rasa sakit.
  • Pengambilan vitamin C secara teratur dapat membantu menghilangkan pembentukan serumen di dalam telinga secara semula jadi.
  • Jika telinga masih terasa penuh dengan kotoran, datang berunding bersama pakar perubatan. Suziana Abu Daud

 

Share
Published by
Norzalina