Buat julung kalinya, majalah Nona terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd bakal menganjurkan sebuah program realiti digital pertama pencarian makeup artist iaitu Nona Fabulous MUA 2019 dengan kolaborasi jenama kosmetik Farmasi Color Cosmetics (FCC).

IKLAN

Nona Fabulous MUA 2019 dilancarkan secara rasminya 9 Ogos lalu di Sogo i-City Shah Alam bagi mencungkil pelapis makeup artist dan mengangkat bakat mereka ke tahap tertinggi. Selain menonjolkan kemahiran menyolek, kemahiran interpersonal juga menjadi taruhan peserta dalam menambat hati juri dan penonton yang disolek.

Acara perasmian disempurnakan oleh Editor Pengurusan Nona & Mingguan Wanita, Kiffy Razak dan Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani Ismail. Selaku jenama media gaya hidup wanita yang menyuntik inspirasi, Nona merupakan platform terbaik untuk meniti kerjaya bergelar makeup artist.

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

“Dalam program realiti ini, pelbagai elemen kejutan dan tugasan mencabar menanti peserta. Terdapat juga episod penyingkiran bagi memastikan hanya yang layak sahaja melangkah ke final,” ujar Kiffy Razak.

Majlis pelancaran Nona Fabulous MUA 2019 turut mendapat sokongan make up artist berpengalaman antaranya Sheila Mohamad, Aim Azam, Ayang Kamell dan Vee Mohamad. Tidak ketinggalan, FCC turut membawakan barisan makeup artist dan beauty influencer muda seiring dengan kehendak generasi masa kini.

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

IKLAN

Anda yang berminat dan sudah berkecimpung dalam dunia solekan secara online dan sebagainya… dijemput hadir ke sesi ujibakat Nona Fabulous MUA pada 14 dan 15 September ini di Performing Arts Theatre, MSU Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Para peserta boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui majalah Nona edisi September 2019 dan membawa portfolio solekan atau hasil kerja sewaktu audition berlangsung. Sertakan juga resit pembelian produk FCC!

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

IKLAN

Buat makluman, program realiti digital 6 episod ini bakal bersiaran di platform digital YouTube Majalah Nona dan Facebook Majalah Nona mulai 1 November 2019 jam 8 malam. Antara panel juri yang bakal mengadili sentuhan magis peserta ialah Nurul Shukor, Sheila Mohamad, Datin Saidatulnisa, Deqsha, Didie Alias dan Nabila Razali.

Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA! Keluar Dari Comfort Zone & Sertai Medan ‘Pertarungan’ Make Up Artist FABULOUS MUA!

Menariknya, pemenang bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai, penginapan hotel, barangan kemas dan set eksklusif penjagaan diri.

Bagi peserta yang ingin mendapatkan tiket fast lane, mereka boleh memuat naik video kreatif bersama produk FCC (Farmasi Color Cosmetics) dan majalah Nona di Instagram dengan #fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc serta tag juga @majalahnona dan @farmasicosmeticsmy. Pastikan akaun anda dalam tetapan PUBLIC.

Nantikan program realiti digital pertama Nona Fabulous MUA 2019 yang penuh cabaran, drama dan kontroversi ini. Semak hashtag rasmi #fabulousmua dan #fabulousmuanonaxfcc serta follow akaun Instagram rasmi @majalahnona untuk perkembangan terkini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI