Semalam berlangsungnya majlis anugerah gilang gemilang, Anugerah Industri Muzik (AIM-23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acara ini yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin, ternyata cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka.

Ads

Kemas & Elegan, Persalinan AINA ABDUL Ketika AIM Curi Tumpuan “Inilah Stail Yang Kami Mahukan!”

Selain dari pemenang yang diraikan, penampilan para artis yang hadir memeriahkan acara turut mencuri perhatian, dan antara yang paling ‘stand-out’ di mata kami, tidak lain tidak bukan Aina Abdul. Yang pasti semua mata tertarik dengan penampilan Aina ketika membuat persembahan pembukaan di anugerah tersebut. Aina tampil membuat persembahan bersama-sama dengan dua lagi penyanyi hebat – Nikki Palikat dan Marsha.

Kelihatan Aina Abdul menggayakan persalinan berona putih dengan perincian hiasan jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ramai yang mengagumi penampilan Aina persis bidadari kayangan yang turun ke muka bumi.

Ads

Kemas & Elegan, Persalinan AINA ABDUL Ketika AIM Curi Tumpuan “Inilah Stail Yang Kami Mahukan!”

“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina,” jelas Aina dalam satu hantaran di Instagramnya.

Ads

Rata-rata ramai yang memuji gaya yang dipilih Aina ketika malam AIM tersebut. “Kemas dan elegan” sebut salah seorang peminat beliau. “Inilah gaya Aina Abdul yang kami mahukan”, “macam bidadari” dan “this is unreal”, adalah antara komen dan pujian yang ditinggalkan.

Kredit Foto: Instagram (@ainaabdul)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI