Usai tempoh iddah, Fazura kembali aktif dengan kerjaya sama ada seni mahupun bisnes. Tampil ceria sewaktu menghadiri majlis MimpiKita and Kita&Co Lebaran Showcase baru-baru ini, keanggunan aktres jelita ini makin terserlah dan menjadi perhatian khalayak.
Berkongsi aktiviti sempena Ramadan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini teruja menyambut bulan penuh keberkatan tersebut tahun ini. Ujarnya kepada Nona, “Aktiviti Ramadan banyak, mudah-mudahan diizinkan Allah.
Faz akan buat tour Ramadan seperti biasa yang dah buat bertahun-tahun sebelum ini. Faz sangat happy dapat jumpa ramai orang dengan semua outlet Faz di seluruh Malaysia. So busy dengan bisnes, busy dengan anak, busy dengan kerjaya. Alhamdulillah.”
Diaju adakah dia akan memperlahan karier sempena Ramadan, ini jawapan jujur Faz. “Kalau Ramadan ke mengandung ke sampai sembilan bulan dulu ke tetap jalan kerja. Memang Faz suka kerja. Alhamdulillah cuma mungkin tahun ini agak berbeza sebab Fatima ni mana-mana Faz pergi dia akan ikut.”
Tambahnya lagi, “Kerja ke shooting ke dia tak kisah sampai lewat malam pun dia akan ikut. As long as
dia ada Faz dengan dia. Itulah berbezanya tahun ini. Tapi alhamdulillah have her with me selalu. Yang penting dia sihat dan dia boleh bertahan (ikut Fazura) sampai malam. Yang penting dia ada mummy. Itu je.”Sementara itu, dia turut mengaku seronok membuat sesi siaran langsung mempromosikan produk perniagaannya di TikTok. Lebih istimewa, pelbagai tawaran menarik diberikan kepada pelanggan setia termasuklah pemberian ‘harga kasih sayang’.
“Yang bestnya sekarang, Faz banyak buat TikTok Live every Friday. Itu yang Faz sangat enjoy sebab Faz suka bagi harga kasih sayang untuk semua orang termasuk fans Faz, pembeli setia Tudung Fazura dan produk-produk Fazura.
Faz memang enjoy. Untuk Ramadan ni kita banyak sangat produk yang Faz akan launch dan pastinya dengan harga kasih sayang.”
Terdahulu, pelakon filem Pisau Cukur ini mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017. Bagaimana pun mereka berpisah pada 7 Oktober 2024. Hasil perkongsian hidup, Fazura dan Fattah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
This website uses cookies.