Masha-Allah, suka sangat tengok penampilan Hidayah sekarang.
Nampak makin bahagia, cantik dan glowing sangat! Terserlah seri wajah Hidayah, macam anak dara pula, kan?
Terbukti, Hidayah yang kini berusia 31 tahun makin selesa dan bahagia dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Malah, Hidayah berjaya berdiri di atas kaki sendiri membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey walau tanpa suami di sisi.
Hidayah juga bertuah kerana sentiasa menerima doa serta sokongan yang tak putus-putus daripada keluarga, sahabat dan pengikut setianya.
Baru-baru ini Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi dengan para pengikutnya di Instagram peribadi, memaklumkan bahawa dia kini kembali berniaga cempedak goreng bawah pokok.
Rindu katanya nak menjual cempedak goreng macam masa mula-mula berniaga dulu.
Itulah bisnes pertama Hidayah demi mencari sesuap nasi dan meneruskan kelangsungan hidup bersama Hamzah setelah kematian suami, Allahyarham Abam Bocey pada tahun 2020.
“Korang ingat lagi tak cempedak goreng Dayah mula-mula berniaga rinduuu hehe..”
“Disebabkan ramai yang bertanya-tanya bila nak goreng cempedak insya-Allah esok kita start berniaga cempedak goreng Dayah ye. Location SABAK BERNAM bawah pokok.
“Disebabkan Dayah rindu dengan berniaga cempedak so Dayah nak berniaga balik.”
Memandangkan sekian lama terhenti, bisnes cempedak goreng Hidayah kembaali laku keras pada hari pertama. Wow!
“Alhamdulillah, hari pertama jualan sudah habis sekitar jam 6pm tadi. Kami minta maaf atas kekurangan dan kehabisan tepung serta cempedak pada hari ini.
“Bagi yang datang tapi tak dapat, mohon maaf sekali lagi. Kesian abang ni datang-datang cempedak habis hehe dapat makan serdak-serdak cempedak je..”
Terkini, berkat hasil titik peluhnya berniaga cempedak goreng tepi jalan secara kecil-kecilan, Hidayah mampu memiliki kedai sendiri termasuklah bisnes skincare yang semakin mendapat permintaan tinggi.
Walaupun boleh dikatakan sudah hidup senang dan bergelar usahawan berjaya, Hidayah tetap memilih untuk hidup bersederhana. Paling penting tidak meminta-minta. Hidayah bijak mencari peluang dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.
MAKIN CANTIK
Menjengah ke ruangan komen di Instagramnya, rata-rata memuji Hidayah yang dikatakan semakin cantik. Mereka terpegun melihat kulit wajah Hidayah yang semakin mulus, cerah dan berseris-seri. Hati sedang bahagia mestilah wajah pun turut glowing, kan?
Kesimpulannya, nampak sahaja lembut tetapi Hidayah sebenarnya seorang wanita yang berani dan tabah.
Bangkit demi merubah masa depannya yang lebih baik bersama Hamzah. Semangat dan kekuatan Hidayah wajar dijadikan inspirasi oleh semua wanita terutama ibu-ibu tunggal.
Untuk info, Hidayah dan Allahyarham Abam Bocey berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 4 tahun.
Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari selepas dua hari 2020 mengalami demam. Al-Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Abam.
This website uses cookies.