Di awal penglibatan Mira Filzah dalam industri seni, dia pernah mengeluarkan jenama tudungnya sendiri sekitar tahun 2016. Namun, bisnes tersebut hanya bertahan selama dua tahun dek beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Mira Filzah
Kini pelakon popular, Mira Filzah kembali mengorak langkah dengan bisnes yang sama. Menurut Mira, dia terpaksa berundur seketika dalam bidang perniagaan tudung pada tahun 2018 lalu kerana tidak menang tangan dengan tawaran yang diterima dalam bidang seni.
“Sebenarnya minat saya dalam bidang perniagaan ini bermula sejak saya masih menuntut di UiTM. Ketika itu saya jual tudung menerusi blog. Pada tahun 2016, saya menghasilkan jenama tudung MF Shawls. Saya gayakan koleksi tersebut dalam drama Cinta Si Wedding Planner. Alhamdulillah, perniagaan itu berjalan dengan sangat baik pada ketika itu.
“Tetapi kemudian, saya terpaksa menghentikan operasi bisnes tudung kerana tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan,” ujar Mira ketika ditemui di majlis pelancaran jenama tudung, Mira Filzah.
Menyingkap perjalanan bisnes sepanjang 2 tahun, Mira mengakui kurang pengalaman dalam dunia perniagaan menjadi cabaran buat dirinya untuk bergelar ahli perniagaan.
Ads
“Cabaran saya lebih kepada produksi dan operasi kerana saya tiada pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan, ‘Team’ saya pun masih lagi kecil. Tetapi banyak yang saya belajar tentang produksi dan operasi daripada peringkat asas lagi. Ia bukan seperti kolaborasi dengan jenama lain di mana proses itu lebih mudah,” ujarnya yang banyak belajar selok belok mengenai bisnes.
Ketika diajukan pertanyaan mengenai rakan selebriti yang mempunyai jenama tudung sendiri, Mira meletakkan kejayaan rakan selebriti lain sebagai sumber inspirasi.
Ads
“Saya tidak tertekan melihat keadaan ini tetapi menganggap mereka sebagai panduan. Jika mereka boleh berjaya, saya juga boleh berjaya.
“Untuk koleksi pertama saya ini, saya tak pernah letakkan sasaran untuk memastikan ia ‘sold out’ dalam masa yang singkat. Saya pun tidak keluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana risau juga dengan penerimaan pelanggan.
“Sekarang ini pula musim perayaan, masing-masing juga sudah punya jenama kegemaran masing-masing. Saya pula baru nak kenalkan jenama baru. Tetapi kita telah pun mempunyai koleksi rekaan baru untuk setiap bulan sehinggalah ke akhir tahun ini,” kongsinya.
Ads
Untuk rekod, Mira pernah menjadi duta jenama tudung Ariani selama beberapa tahun. Namun Mira mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama jenama terkenal tersebut kerana ingin menghasilkan jenamanya sendiri.
“Kontrak saya sudah tamat pada tahun lepas. Mereka minta untuk sambung, tetapi saya cakap dengan Datin Farah Phillip, saya ingin keluarkan tudung jenama sendiri. Dia juga menyokong usaha saya dan ada memberikan nasihat,” katanya yang berterima kasih dengan peluang yang diberikan.
Tambah Mira lagi, harga untuk setiap koleksi tudungnya adalah di bawah RM100 dan mampu milik. Setiap koleksi pula di ambil sempena karya-karya yang pernah dibintangi olehnya antaranya termasuklah Sweet Dreams dan Rise.
Beralih ke soal kerjaya seni, ketika ini drama lakonan Mira iaitu Imam Instant, Ustazah Scammer sedang rancak ditayangkan di Astro Ria. Drama ini merupakan drama ‘comeback’ Mira selepas dia melahirkan anak sulungnya, Wan Khair Amir Bin Wan Emir Astar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 23 Februari 2012 menyaksikan pasangan Datuk Yusry Abdul Halim menjadikan Datin Lisa Surihani Mohamed sebagai suri hatinya. Semalam, genap 11 tahun usia perkahwinan pasangan bahagia ini.
“11 today. Alhamdulillah. Selamat Hari Kita, sayang. Love you”- Datin Lisa Surihani.
Tidak perlu menzahirkan ucapan panjang lebar di media sosial untuk suami tersayang sempena ulang tahun perkahwinan ke 11, Lisa Surihani selesa menzahirkan raya syukur apabila usia perkahwinan mencecah usia 11 tahun.
Namun begitu, ungkapan Selamat Hari Kita mengiringi ucapan tersebut sebagai simbolik ungkapan yang sering digunakan baik Lisa mahupun Yusry sepanjang tahun sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, Datin Lisa Surihani sering menjadi pendorong buat suaminya dalam melaksanakan tugasan pengarahan dan sebagainya. Malah ibu kepada tiga cahayamata ini amat bersyukur dikurniakan suami yang amat memahami dan sentiasa mendahulukan keluarga dalam apa jua perkara yang dilakukannya.
Malah, dalam posting Instagram Datin Lisa Surihani, dia meletakkan dirinya sebagai “peneman setia dia”.
Malah laman Instagram milik Lisa Surihani dipenuhi ucapan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke 11 perkahwinannya dari rakan selebriti dan para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan selebriti yang sama cantik dan sama padan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seharian duduk di pejabat sambil mengadap komputer atau laptop boleh mengakibatkan badan terasa lenguh-lenguh, kejang dan sakit. Lebih-lebih lagi di bahagian leher dan punggung. Kalau dibiarkan boleh menjadi punca kepada sakit kepala.
Berikut cara yang boleh anda buat untuk mencegah sakit lahir saat seharian duduk di meja kerja.
LURUSKAN KEPALA
Sakit kepala boleh terjadi disebabkan posisi kepala yang sering condong ke bawah kerana menaip terlalu lama. Ia membuatkan leher menjadi titik tumpu bagi kepala. Jika berjam-jam anda dalam posisi begitu boleh menyebabkan leher terasa sakit. Letak komputer atau laptop selari dengan mata. Jika meja terlalu rendah, alas komputer atau laptop dengan bantal khas yang banyak dijual di pasaran.
BUAT REGANGAN
Walaupun seharian berada di pejabat tidak bermakna anda tidak boleh berganjak sebentar hanya untuk meregangkan badan. Banyak kerja sekalipun jangan terlalu paksa diri. Bangunlah dan berjalan-jalan sekejap sekitar 30 minit bagi mencegah leher kejang. Usahakan untuk buat beberapa regangan ringkas sambil duduk. Contohnya tarik tangan ke atas, putar-putarkan bahu dan kepala secara perlahan.
DUDUK DALAM POSISI TENANG
Duduklah dalam posisi tepat kerana postur badan yang salah boleh menyebabkan mudah diserang sakit leher dan punggung. Duduk tenang dengan posisi bersandar. Pastikan kerusi dalam keadaan tegak. Posisi siku dan tangan tertumpu pada meja. Ratakan tapak kaki agar menyentuh lantai.
GERAKKAN BADAN DENGAN CARA BETUL
Jika anda mahu mengambil atau mengangkat barang berat di bawah meja, bangun dan ambil sambil membengkokkan pinggul dan lutut. Jangan hanya memusing badan. Untuk angkat dari posisi bongkok pastikan anda guna lutut sebagai tumpuan ketika hendak bangun (bukan dengan punggung). Gunakan kedua tangan untuk mengangkat beban.
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA
Jika kerjaya anda banyak duduk dan tak banyak bergerak disarankan untuk minum banyak air kosong. Ini kerana sebahagian besar tulang belakang terdiri daripada air. Maka minumlah banyak air kosong agar tulang belakang tetap lentur dan kuat. Amalkan minum air kosong setiap dua jam sekali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adat dalam fasa awal perkahwinan mengenali hati budi pasangan dan sikap masing-masing. Pelakon Diana Rafar juga seperti isteri yang lain mula mengenali siapakah suaminya sepanjang perkahwinan mereka.
Malah Diana telah berkongsi di media sosialnya tentang anak lelakinya yang saling tak tumpah dengan sikap suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham.
Kongsi Diana, “Dulu baru-baru kahwin dengan Zamarul Hisham susahnya lah nak sesuaikan diri. Rasa apa kita buat semua serba tak kena. Gosok baju dia kata tak licin, basuh pinggan tak kilat dan susun barang tak cantik. Habuk rumah tak boleh ada tapi alhamdullilah lama-lama dia buat semua sendiri dah tak kacau saya. Syukurlah asalkan dia rajin mengemas.
Ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujangku Kashfi Haiqal. Allahhu! Takut mama. Nak keluar rumah 3 kali tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nak kena kilat mashaallah.
Baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak. Apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yang pembersih, dan banyak ajar mama erti kesabaran. Walaupun kadang menguji iman mama. Harap Kayla tak ikut perangai papa.
Mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah, jangan mengeluh jaga lah amanah Allah itu dengan kasih sayang dan baik. Mama luv kash forever sayang … moga jadi anak yang soleh dunia akhirat sayangku,” kongsi Diana Rafar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!