Kembali Ke Negeri Abadi, Rohana Jalil Meninggal Dunia Di Sisi Keluarga Tercinta

Innnalillahiwainnailaihirojiun. Berduka dengan berita pemergian penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menemui Sang Penciptanya di negeri abadi.

Menurut Astro Awani, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.

Berita duka tersebut disahkan oleh rakan rapat Allahyarhamah, penyanyi Haiza sebentar tadi.

Perdana Menteri berkesempatan menziarahi Allahyarhamah ketika sakit

Allahyarhamah yang berusia 68 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.

Terdahulu, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat komplikasi kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.

Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Allahyarhamah memulakan kerjaya seni selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 1980.

Antara lagu popularnya ialah Rayuanku, Resahku dan Naluri Cinta iaitu merupakan lagu duet bersama To’ki.

Instagram @kilafairyofficial

Allahyarhamah berkahwin dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/harapkan-keajaiban-luahan-kilafairy-undang-sebak-keluarga-tak-putus-asa-doakan-kesembuhan-rohana-jalil/

Share
Published by
Norzalina